Tuesday, June 19, 2018
   
Text Size

Bantuan Untuk Pelarian Rohingya

 

Dannok, Songkhla 27 April 2013-  Atas dasar kemanusian dan prihatin dengan isu-isu semasa, pihak Islamic Aid Malaysia dengan kerjasama Takaful Ikhlas Sdn.Bhd. telah menghulurkan bantuan kepada 320 orang pelarian Rohigya yang telah ditahan di Songkhla Immigration Detention Centre. Bantuan berbentuk ‘hygene pack’ dan juga makanan ini merupakan salah satu daripada usaha kemanusiaan IAM dalam membantu masyarakat Islam yang ditindas. Kunjungan pihak IAM dan Takaful Ikhlas ini turut disertai oleh rakan sukarelawan. Pihak kami juga berpeluang untuk melawat tahanan Rohigya di sel kecil dan berinteraksi dengan mereka. Rata-rata yang ditemui berada dalam keadaan yang amat daif dan lemah. Semoga bantuan ini dapat menceriakan mereka semua, inshaAllah.

 

 

Bagi album penuh program ini, sila klil di sini

 

 

Login Form