Thursday, September 21, 2017
   
Text Size

Kasih Ramadan 2014

 

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini, pihak Islamic Aid Malaysia- IAM sekali lagi mengalu-alukan sumbangan serta sokongan dari orang ramai bagi bersama-sama menjayakan program Kasih Ramadan 2014-'Bantulah Mereka Berbuka Puasa’.

Kasih Ramadan-‘Bantulah Mereka Berbuka Puasa’ merupakan program amal tahunan IAM bagi membantu golongan yang memerlukan di berbagai lokasi terpilih di serata tanah air di sepanjang bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Melalui kempen ini, orang ramai boleh menyumbang sebanyak RM50 bagi satu pek sumbangan lengkap makanan keperluan harian untuk sebuah keluarga. Pek barangan tersebut yang mengandungi makanan keperluan harian asas seperti beras, gula, garam, susu, tepung, minyak masak, sardin, kurma dan lain-lain ini diharapkan akan dapat membantu meringankan beban keluarga tersebut selama dua hingga tiga minggu.

Berkat sokongan dari para dermawan yang prihatin, bagi tahun ini, Program 'Kasih Ramadan 2014' ini dipelbagaikan lagi melalui  3  segmen iaitu :-

 

 

Sumbangan anda sangat kami alu-alukan...

Dengan hanya RM 50 anda boleh turut sama menyumbang  satu pek makanan asas harian bagi meringankan beban mereka semua. Bersamalah kita berkongsi keceriaan bersama mereka-mereka yang memerlukan ....Bantulah Mereka Berbuka..... Kami juga menerima sumbangan seikhlas hati bagi program Iftar serta Salam Sahur Kasih Ramadan.

Bagi pilihan segmen sumbangan Imarah Ramadan, Program Iftar, mahupun program Salam Sahur, harap dapat maklumkan kepada kami di ruangan memo di borang sumbangan. Tuan/Puan juga boleh maklumkan kepada kami secara email atau hubungi kami di talian seperti tercatat di bahagian bawah. Pihak kami akan menyalurkan sumbangan Tuan/Puan mengikut segmen sumbangan yang telah dipilih.

Sumbangan boleh dilakukan melalui cara-cara seperti di bawah:-

 

a.    Bagi sumbangan secara online sila klik di sini

(sila klik kategori , bagi pembayaran secara ONLINE : Pilih kategori - Derma Ramadhan)

b.   Pembayaran di ATM / Kaunter Bank/ Maybank2u/ CIMBclick  melalui akaun

’Islamic Aid Malaysia / Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia ’- MBB ( 5640 7000 2424) / CIMB ( 1247 0000 4771 08)

c.   Melalui cek atas nama Islamic Aid Association Malaysia / Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia

(Sila fakskan borang sumbangan serta slip pembayaran ke no faks: 03-89485939 atau email ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

 

Sumbangan secara terus juga boleh dibuat di pejabat Islamic Aid Malaysia beralamat di :C-1-56A, Jalan SP5/4, Seksyen 5, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Farouq Zauji di talian 019-3973558/03-89485939.

 

Berikut adalah program jadual program Kasih Ramadhan 2014 /1435H anjuran IAM pada tahun ini.

 

 

 

 

Login Form