Tuesday, April 24, 2018
   
Text Size

Perlaksanaan Imarah Ramadan 2013

Berkat sokongan serta sumbangan dari berbagai golongan yang prihatin, Perlaksanaan Program Imarah Ramadan 2013 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di sepanjang bulan Ramadan yang lepas. Perlaksanaan program Imarah Ramadan ini dilaksanakan melalui kerjasama bersama Radio IKIMfm serta rakan-rakan kerjasama serta para sukarelawan di beberapa lokasi yang terpilih di serata pelusuk tanah air.

Program “Imarah Ramadan - Bantulah Mereka Berbuka Puasa” ini merupakan program amal tahunan Islamic Aid Malaysia (IAM). Ianya bertujuan membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Program ini melibatkan pengagihan pek makanan yang mengandungi makanan asas harian seperti beras, gula, tepung, minyak masak, sardin, susu dan lain-lain lagi di seluruh Malaysia kepada golongan fakir miskin, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan golongan kurang upaya (OKU) agar mereka dapat  menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan dengan lebih selesa.

Atas kesedaran terhadap tanggungjawab sosial kepada masyarakat tempatan, pihak Radio IKIM.fm telah terlibat secara langsung dalam menjayakan misi  program ‘Imarah Ramadan - Bantulah Mereka Berbuka Puasa’ ini. Melalui kerjasama istimewa ini, para penyampai  radio  IKIMfm  bersama-sama sukarelawan Islamic Aid Malaysia (IAM) telah bersama-sama berkunjung ke beberapa lokasi yang terpilih di Perlis, Kedah, Kelantan dan Pahang bagi tujuan menghulurkan sumbangan. Penjelajahan selama hampir sebulan di empat buah negeri ini bukan sekadar untuk menghulurkan sumbangan semata-mata, tetapi juga melibatkan pengisian program yang berunsurkan dakwah dan kerohanian bagi tujuan mengimarahkan lagi sambutan serta meraikan kemuliaan Ramadan.

 

Bagi mendapatkan album perlaksanaan program Imarah Ramadan, sila klik pautan di bawah :

Program Imarah Ramadan di Perlis

Program Imarah Ramadan di Kedah

Program Imarah Ramadan di peringkat negeri Kelantan

IAM Raikan 40 Penarik Beca di, Pasir Mas, Kelantan

Majlis Iftar Bersama Ibu Tunggal dan Warga Emas di Tendong, Kelantan

Program Imarah Ramadan di Masjid Al-Khairiah, Kuantan, Pahang

 

Login Form