Saturday, January 20, 2018
   
Text Size

Salam Sahur Kasih Ramadan 2013

 

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang mulia, pihak IAM dengan kerjasama Salam FM telah mengadakan program Salam Sahur Kasih Ramadan. Melalui program ini, IAM bersama-sama dengan Radio Salam FM serta rakan-rakan kerjasama kemanusiaan telah berkunjung ke 5 lokasi terpilih, yang terdiri daripada pusat-pusat tahfiz serta rumah anak-anak yatim untuk turut sama bersahur dengan penghuni rumah-rumah berkenaan. 5 lokasi yang telah terpilih adalah

 

  1. Pusat Jagaan NURI, Setapak, Kuala Lumpur,
  2. Maahad Tahfiz As Sajidin, Batang Kali, Selangor,
  3. Pertubuhan Kebajikan Ehsan As Shakur, Bandar Tasik Putri, Rawang
  4. Salam Sahur di Maahad Tahfiz An Najihah, Nilai, Negeri Sembilan
  5. Salam Sahur Maahad Tahfiz Lil-Aytam, Kuang

 

Program Salam Sahur ini telah dimulakan dengan jayanya melalui sebuah Majlis pelepasan Konvoi Salam Sahur, yang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM di Hotel Seri Pasifik, Kuala Lumpur. Program salam sahur musim ke 2 ini turut mendapat kerjasama dari rakan-rakan kemanusiaan IAM iaitu Takaful Ikhlas, Hotel Seri Pasifik, Galeri Ilmu dan lain-lain. Selain bersahur, majlis tazkirah, sumbangan bantuan ramadan dan persembahan nasyid oleh kumpulan-kumpulan nasyid terkenal tanahair turut diadakan.

 

IAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan kerjasama yang menjayakan program Salam Sahur Kasih Ramadan. Semoga segala usaha murni ini diberkati Allah. Amin.

 

 

Bagi album penuh perjalanan program Salam Sahur Kasih Ramadan 2013, sila klik di pautan di bawah :

 

Salam Sahur Di Pusat Jagaan NURI, Setapak, Kuala Lumpur

Salam Sahur di Maahad Tahfiz As Sajidin, Batang Kali, Selangor

Salam Sahur di Pertubuhan Kebajikan Ehsan As Shakur, Bandar Tasik Putri, Rawang

Salam Sahur di Maahad Tahfiz An Najihah, Nilai, Negeri Sembilan

Salam Sahur Maahad Tahfiz Lil-Aytam, Kuang

 

 

 

 

Login Form