Monday, June 18, 2018
   
Text Size

Perlaksanaan Ziarah Korban 1434H/2013

 

Bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha, Islamic Aid Malaysia (IAM) sekali lagi tampil dalam memperkenalkan program Ziarah Korban 1434H. Program bermusim anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM) ini sudah memasuki tahun ketiga penganjurannya  yang bermatlamat untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia khususnya warga miskin yang memerlukan di luar bandar dan dari kawasan pendalaman merasai nikmat Korban sebagaimana yang dirasai oleh mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Bagi tahun 2013, usaha kemanusiaan Islamic Aid Malaysia ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) yang  terlibat secara langsung dalam menjayakan misi program ‘Ziarah Korban 1434H’ ini.  Program yang bertemakan Korban Ke Arah Kebajikan ini juga turut melibatkan kempen kutipan dana daripada orang ramai bagi membantu golongan memerlukan bersempena bulan pelaksanaan Ibadah Korban yang bakal menjelang tiba tidak berapa lama lagi. Bagi menjayakan misi program ‘Ziarah Korban 1434H’, pihak IKIMfm telah mempromosikan program tersebut dari masa ke semasa bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk turut sama beramal jariah dengan memberikan sumbangan dan menyertai pelaksanaan ibadah Korban ini.

Melalui program istimewa ini, para penyampai  radio  IKIMfm  bersama-sama sukarelawan Islamic Aid Malaysia (IAM) akan berkunjung ke beberapa lokasi yang terpilih di Kelantan, Kedah, Selangor, Melaka serta Selatan Thailand bagi tujuan menghulurkan sumbangan dalam menjayakan pelaksanaan Ibadah Korban. Kunjungan ini juga turut melibatkan pengisian program yang berunsurkan dakwah dan kerohanian bagi tujuan mengimarahkan lagi sambutan EidulAdha pada tahun ini.  Orang ramai khususnya pendengar setia  IKIM.FM boleh mendengar secara eksklusif berkaitan misi jelajah “Ziarah Korban 1434H” setiap hari Jumaat menerusi slot prihatin.

Golongan Sasaran

Melalui program ‘Ziarah Korban 1434H’ ini, pihak IAM telah mensasarkan untuk  mengagihkan daging Korban kepada lebih 3,000 keluarga miskin di Malaysia khususnya kepada mereka yang tinggal di luar bandar dan kawasan pedalaman. Pelaksanaan ibadah korban di Malaysia ini memfokuskan pengagihan daging segar kepada golongan fakir miskin,anak yatim miskin, ibu tunggal miskin, warga emas  dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Lebih unik, program ‘Ziarah Korban 1434H’ ini telah dilaksanakan secara gotong-royong yang melibatkan penduduk setempat. Ia juga turut mendapat sokongan daripada para sukarelawan Islamic Aid Malaysia.  Kira-kira lebih 500 orang sukarelawan telah terlibat secara langsung dalam program yang istimewa ini yang melibatkan 5 buah lokasi iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Melaka serta Selatan Thailand. Aktiviti sukarelawan ini merangkumi aktiviti penyembelihan lembu, pemotongan daging, pembungkusan daging dan juga pengagihan daging kepada penerima manfaat. Selain itu, turut diadakan adalah aktiviti gotong-royong memasak bagi meraikan penerima manfaat yang hadir ke Majlis.


Sila klik link di bawah bagi album perlaksanaan Korban Islamic Aid Malaysia

Ziarah Korban di Patthalung, Thailand

Ziarah Korban di Sg. Udang, Melaka

Ziarah Korban di Kanchung Darat Banting, Selangor

Ziarah Korban di Kg. Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan

Ziarah Korban di Kg. Binjai, Pasir Mas, Kelantan

Ziarah Korban di Kg. Tok Malik, Tumpat, Kelantan

Ziarah Korban, Kg. Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan

Ziarah Korban. Kg. Galok, Pasir Mas, Kelantan


 

Login Form