Monday, January 22, 2018
   
Text Size

Perlaksanaan Program Kembali Ke Sekolah Bagi Sesi Persekolahan 2014

Program 'Kembali Ke Sekolah' merupakan program amal tahunan Islamic Aid Malaysia yang diadakan bertujuan meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah bagi menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka.

Bagi sesi persekolahan 2014, berkat sokongan serta sumbangan dari para individu serta badan-badan korporat yang prihatin, program ini telah berlangsung dengan jayanya dimana lebih dari 1,000 orang pelajar peringkat sekolah rendah telah mendapat manfaaat dari program ini. Pengagihan kelengkapan persekolahan kepada kumpulan kanak-kanak yang kurang bernasib baik telah diadakan di sepanjang musim persekolahan di lokasi-lokasi terpilih di beberapa negeri di Malaysia.

Islamic Aid Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan sukarelawan Islamic Aid Malaysia (IAM) yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.

 

Login Form