Sunday, October 21, 2018
   
Text Size

Perlaksanaan Pasca Banjir

 

Prihatin dengan nasib mangsa-mangsa banjir yang melanda di negeri Pahang, pihak IAM melalui kerjasama para individu serta badan-badan korporat yang prihatin, telah mengadakan perlaksanaan program pasca banjir di beberapa daerah di negeri Pahang baru-baru ini. Di antara bantuan yang dihulurkan adalah 'Food dan Hygiene Pack', sumbangan barangan serta barangan terpakai.

Pihak IAM juga turut mengadakan lawatan rumah ke rumah mangsa bagi menyampaikan sendiri sumbangan kepada keluarga mangsa yang terjejas. Di samping itu, program gotong-royong membersihkan kawasan yang terjejas turut diadakan.

Pihak IAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang turut menyumbang baik dari segi tenaga, masa dan juga wang ringgit. Kami doakan agar sumbangan anda semua mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

Bagi album penuh perlaksanaan Pasca Banjir, sila klik link di bawah :

 

Bantuan Pasca Banjir di Kampung Panching, Kuantan, Pahang

Bantuan Pasca Banjir di Kg. Padang, Kuantan, Pahang

Sumbangan Bantuan Banjir dari Kelab IKIM

 

Login Form