Tuesday, April 24, 2018
   
Text Size

Makan Malam Amal Ibu Ratu Hatiku

 

Kuala Lumpur - 10 Mei 2014. Islamic Aid Malaysia (IAM) dan IKIM.fm telah mengadakan satu majlis makan malam amal bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan bagi tujuan mengumpul dana untuk kebajikan khusus bagi membantu golongan fakir miskin, anak yatim miskin, golongan OKU miskin dan juga ibu tunggal miskin melalui usaha-usaha kemanusiaan yang dikelolakan oleh Islamic Aid Malaysia (IAM).

Majlis Makan Malam Amal – Ibu Ratu Hatiku ini telah menampilkan artis nasyid tempatan yang sinonim dengan album ‘Zikir Terapi’ iaitu Hafiz Hamidun. Turut mengiringi persembahan Hafiz Hamidun adalah penampilan istimewa artis antarabangsa dari United Kingdom (UK) iaitu Saif Adam. Selain hiburan yang berkonsepkan Islam, majlis istimewa ini juga turut diisi dengan program ilmiah, di mana peserta akhir program Pencetus Ummah musim pertama ‘PU Rahmat’ telah berkongsi pengalaman beliau bersama tetamu yang hadir pada malam tersebut. Turut menjadi agenda utama dalam Majlis Makan Malam Amal – Ibu Ratu Hatiku ini adalah penampilan istimewa ‘Juruhebah IKIMfm’.

Lebih menarik lagi majlis makan malam amal ini urut meraikan ibu-ibu yang mempunyai anak ‘Cerebral Palsy’ bagi menghargai pengorbanan mereka dalam menjaga anak-anak istimewa tersebut. IAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam tersebut serta semua yang terlibat terlibat di dalam menjayakan Majlis Makan Malam Amal Ibu Ratu Hatiku. Semoga Allah SWT merahmati serta membalas jasa baik dan sokongan anda semua.

 

 

Bagi album penuh majlis ini, sila klik di sini

Login Form