Saturday, January 20, 2018
   
Text Size

Salam Iftar Kasih Ramadan

Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama Radio Malaysia JAKIM Salamfm  telah mengadakan program ‘Salam IFTAR-Kasih Ramadan yang telah berlangsung di lokasi-lokasi terpilih, mengikut jadual yang ditetapkan di sepanjang bulan Ramadan 2014.

Program ini telah dilancarkan secara rasmi oleh tetamu kehormat iaitu YBhg.  Dato’Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), pada 23hb Jun 2014.  Turut hadir adalah Pengarah Bahagian Media JAKIM, YBhg.Datuk Mustapha Kamal serta Presiden, Islamic Aid Malaysia (IAM), YBhg. Encik Zawahir Abdullah.

Program ini direka khusus dalam berkongsi keceriaan dan kemeriahan Ramadan bersama-sama dengan golongan yang kurang berkemampuan. Program istimewa ini merupakan program santai yang menggunakan konsep ziarah bagi melihat sendiri dan merasai kesusahan serta penderitaan yang mereka hadapi.  Program ini juga, turut menyediakan platform kepada masyarakat Malaysia yang prihatin terutama pihak korporat dan golongan individu yang prihatin untuk menghulurkan sumbangan dan bergandingan tangan bagi memupuk sifat prihatin dan semangat kesukarelawanan dikalangan masyarakat Malaysia.

Melalui program ini, pihak Islamic Aid Malaysia (IAM) bersama Radio Malaysia Jakim SalamFM, dan rakan-rakan penaja akan berkunjung ke beberapa buah lokasi rumah kebajikan yang telah dikenalpasti bagi meraikan mereka melalui majlis ringkas. Melalui program ini sebanyak 4 buah rumah kebajikan telah dipilih di sekitar Lembah Klang iaitu Rumah Anak Yatim Al-Kausar, Bangi, Maahad Lil Aytam Kuang dan Pusat Jagaan Nuri Setapak.

Melalui kunjungan ini, mereka akan diraikan dengan makanan IFTAR untuk berbuka puasa. Turut diadakan adalah program tazkirah yang akan disampaikan oleh wakil daripada JAKIM dalam memberi suntikan ilmu yang bermanfaat. Selain daripada itu sumbangan berbentuk ‘Pek Makanan Kasih Ramadhan’ oleh Islamic Aid Malaysia. Rumah-Rumah kebajikan serta Madrasah terpilih juga menerima berbagai bentuk sumbangan dari para penaja serta rakan-rakan kerjasama Salam Iftar 2014. Diantara rakan penaja serta rakan kerjasama program ini adalah Yayasan Taqwa, Galeri Ilmu, Yakeen Frozen Food dan PKPU.

Pihak IAM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan kerjasama, para penaja, para sukarelawan dan juga berbagai pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung didalam menjayakan usaha murni ini.

Bagi album penuh Salam Iftar, Sila klik link di bawah

Salam Iftar di Rumah Bakti Al Kausar

Salam Iftar di Maahad Tahfiz Lil Aytam

 

Login Form