Sunday, April 22, 2018
   
Text Size

Imarah Ramadan 2014/1435H

Memasuki tahun kedua penganjurannya, program Imarah Ramadan ini merupakan sebuah program kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) dan Radio IKIMfm.

Imarah Ramadan ini diadakan bertujuan untuk berkongsi keceriaan dan kemeriahan Ramadan bersama-sama dengan golongan yang kurang berkemampuan. Program istimewa ini juga merupakan satu program kebajikan dengan konsep ziarah sambil menyumbang dan melihat sendiri serta merasai kesusahan dan penderitaan warga miskin yang memerlukan.  Program ini turut menyediakan platform kepada masyarakat Malaysia yang prihatin terutama pihak korporat dan golongan individu yang prihatin bagi sama-sama menghulurkan sumbangan dan bergandingan tangan bagi memupuk sifat prihatin dan semangat kesukarelawanan di kalangan masyarakat Malaysia.

Imarah Ramadan 2014/1435H telah dilancarkan secara rasmi pada 24 Jun 2014. Di majlis pelancaran tersebut, acara penyerahan sumbangan pek makanan program ‘Imarah Ramadan’ yang pertama untuk tahun 2014/1435H kepada 20 orang ibu tunggal miskin dan kurang berkemampuan turut diadakan.

Melalui program istimewa ini, para penyampai  radio  IKIMfm  bersama-sama sukarelawan Islamic Aid Malaysia (IAM) akan berkunjung ke beberapa lokasi yang terpilih di negeri Kedah, Perak, Pahang dan Sarawak bagi tujuan menghulurkan sumbangan. Penjelajahan selama hampir sebulan di empat buah negeri ini bukan sekadar untuk menghulurkan sumbangan semata-mata, tetapi juga melibatkan pengisian program yang berunsurkan dakwah dan kerohanian bagi tujuan mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadan pada tahun ini.

Orang ramai khususnya pendengar setia Radio IKIM.FM boleh mendengar secara eksklusif berkaitan misi jelajah “Imarah Ramadan 1435H” ini  melalui Radio IKIM.FM dari masa ke semasa di sepanjang bulan Ramadhan.

Melalui kunjungan ini, majlis berbuka puasa akan diadakan di beberapa buah lokasi terpilih. Turut diadakan adalah sumbangan berbentuk ‘Pek Makanan Kasih Ramadhan’ oleh Islamic Aid Malaysia. Sumbangan berbentuk pek makanan yang mengandungi makanan asas harian seperti beras, gula, minyak masak, susu, makanan dalam tin dan lain-lain lagi.

Program “Imarah Ramadan - Bantulah Mereka Berbuka Puasa” ini merupakan program amal tahunan anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM).. Bagi tahun 2014, pihak Islamic Aid Malaysia (IAM) telah mensasarkan untuk mengagihkan pek makanan tersebut kepada 6,000 penerima manfaat yang layak di seluruh Malaysia mengikut pemerhatian dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak IAM. Ianya bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan di bulan Ramadan seperti fakir miskin, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, warga mualaf dan golongan kurang upaya (OKU) agar mereka dapat  menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan dengan lebih selesa.

Bagi album penuh program, sila klik

Imarah Ramadan di Yan, Kedah

Imarah Ramadan Di Penjara Alor Star

Imarah Ramadan Bersama Masyarakat Orang Asli



Login Form