Thursday, September 21, 2017
   
Text Size

Tabung Prihatin Gaza

Prihatin dengan nasib saudara Islam kita di Gaza yang telah diserang dan dibom bertalu-talu sejak Ramadan yang lepas oleh Zionis Isreal Laknatullah dan menyebabkan lebih 1,900 orang terkorban serta ribuan lagi yang lain tercedera termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa, Islamic Aid Malaysia (IAM) turut berganding bahu bersama-sama pihak RTM (Unit Khas Bencana) bagi menyediakan platform kepada mereka-mereka yang ingin turut serta menyumbang membantu meringankan penderitaan saudara Islam kita di Gaza.

Walau pun fokus IAM adalah khusus kepada bantuan kemanusiaan dan kebajikan di dalam Negara, pihak kami turut bersimpati dan merasakan isu serangan ke atas Palestin dan pembunuhan kanak-kanak serta orang awam ini harus dicela dan dikutuk sekeras-kerasnya.

Hasil sumbangan orang ramai kepada Tabung Prihatin Gaza anjuran IAM & RTM ini akan digunakan oleh pihak IAM untuk membekalkan Kit Bantuan Kecemasan ( First Aid Kit) kepada setiap keluarga di Gaza di mana pihak kami mensasarkan untuk membekalkan kepada 5,000 buah rumah. Selain daripada itu, pihak kami juga akan turut bersama-sama pihak RTM melibatkan diri di dalam program susulan Post War Recovery Plan bagi tujuan membantu pemulihan Gaza.

Sumbangan anda sangat kami alu-alukan...


Dengan hanya RM30 anda boleh turut sama menyumbang  untuk satu unit First Aid Kit bagi setiap keluarga di Gaza yang memerlukan.

Sumbangan boleh dilakukan melalui cara-cara seperti di bawah:-

a.    Bagi sumbangan secara online sila klik di sini

(sila klik kategori , bagi pembayaran secara ONLINE : Pilih kategori – Bantuan Luar Negara)

b.   Pembayaran di ATM / Kaunter Bank/ Maybank2u/ CIMBclick  melalui akaun

’Islamic Aid Malaysia / Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia ’- MBB ( 5640 7000 2424) / CIMB ( 1247 0000 4771 08)

c.   Melalui cek atas nama Islamic Aid Association Malaysia / Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia

(Sila fakskan borang sumbangan serta slip pembayaran ke no faks: 03-89485939 atau email ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

Sumbangan secara terus juga boleh dibuat di pejabat Islamic Aid Malaysia beralamat di :C-1-56A, Jalan SP5/4, Seksyen 5, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Farouq Zauji di talian 019-3973558/03-89485939.

 


Nota: Pihak IAM memohon maaf kerana tidak menyediakan perkhidmatan sumbangan melalui SMS kerana kaedah sumbangan melalui SMS lebih menguntungkan pihak ketiga iaitu SMS Provider/ Telco, selain tidak dapat memaksimumkan jumlah sumbangan yang dihantar.

Login Form