Sunday, July 23, 2017
   
Text Size

Pusat Terapi Anak-anak CP

Pusat Kecemerlangan Cerebral Palsy atau Excel CP Centre adalah pusat jagaan dan terapi harian anak-anak Cerebral Palsy (CP) terlantar yang ditubuhkan oleh Islamic Aid Malaysia (IAM) bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga yang mempunyai anak Cerebral Palsy. Excel CP Centre di tubuh dengan kerjasama dan diurus sepenuhnya oleh PERTUBUHAN HARAPAN ANAK CEREBRAL PALSY MALAYSIA yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan dengan nombor pendaftaran PPM-010-14-11122012.

Selain meringankan beban kewangan keluarga, pusat ini juga bertindak sebagai sebuah pusat kecemerlangan bagi anak-anak Cerebral Palsy terlantar memandangkan anak-anak ini memerlukan penjagaan rapi dan istimewa setiap masa. Berdasarkan kejayaan beberapa pusat seumpamanya di luar negara, tahap kecerdasan anak-anak CP terlantar berjaya dipulihkan setelah menjalani beberapa kaedah rawatan fisioterapi dan beberapa kaedah rawatan alternatif yang lain secara berterusan.

Dengan adanya pusat jagaan anak-anak CP ini, ibu bapa yang mempunyai anak-anak CP tidak perlu runsing dan bimbang lagi untukmemberikan terapi alternatif kepada anak-anak mereka sewaktu mereka keluar mencari nafkah. Selain menawarkan perkhidmatan jagaan secara percuma, pusat ini turut membiayai sebahagian kos pelbagai jenis terapi holistik yang diperlukan oleh anak-anak CP secara berkala dan berterusan. Selain itu Excell CP center memberi ruang dan persekitaran kepada anak-anak CP ini untuk bersosial dan berinteraksi dengan persekitaran yang lebih kondusif dan konstruktif . Pusat ini juga akan bertindak sebagai medium kepada ibubapa untuk mendalami pelbagai ilmu dalam memahirkan diri menelusuri kehidupan bersama anak-anak CP mereka.

Excell CP Center memerlukan penglibatan dan khidmat pakar terapi, pakar kanak-kanak, pakar psikologi, pakar tulang, pakar ENT, pakar neuro, serta pakar pemakanan. Kami menghargai kesudian mana-mana pihak untuk menghulurkan kepakaran mereka di sini.

Pihak Islamic Aid Malaysia (IAM) dan Excel CP Centre sentiasa mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi memastikan pusat ini terus dapat beroperasi dan memberikan perkhidmatan percuma kepada anak-anak CP.

Sumbangan boleh dilakukan melalui cara-cara seperti di bawah:-

a.    Bagi sumbangan secara online sila klik di sini

(sila klik kategori , bagi pembayaran secara ONLINE : Pilih kategori – Orang Kurang Upaya)

b.   Pembayaran di ATM / Kaunter Bank/ Maybank2u/ CIMBclick  melalui akaun

’Islamic Aid Malaysia / Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia ’- MBB ( 5640 7000 2424) / CIMB ( 1247 0000 4771 08)

c.   Melalui cek atas nama Islamic Aid Association Malaysia / Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia

(Sila fakskan borang sumbangan serta slip pembayaran ke no faks: 03-89485939 atau email ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

Sumbangan secara terus juga boleh dibuat di pejabat Islamic Aid Malaysia beralamat di :C-1-56A, Jalan SP5/4, Seksyen 5, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Farouq Zauji di talian 019-3973558/03-89485939.

 

Nota: Pihak IAM memohon maaf kerana tidak menyediakan perkhidmatan sumbangan melalui SMS kerana kaedah sumbangan melalui SMS lebih menguntungkan pihak ketiga iaitu SMS Provider/ Telco, selain tidak dapat memaksimumkan jumlah sumbangan untuk penerima manfaat.

Login Form