Monday, November 20, 2017
   
Text Size

Program Kembali Ke Sekolah

Program Kembali Ke Sekolah Bagi Sesi 2017


Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan satu program amal komuniti tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah. Program ini memberi tumpuan  kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan anak-anak golongan yang memerlukan di kawasan luar bandar. Melalui program ini Islamic Aid Malaysia bersama rakan penaja dan penyumbang akan bersama-sama membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2017. Penyediaan kelengkapan persekolahan ini merangkumi uniform sekolah, kasut, stokin, beg sekolah dan juga alat tulis. Program ini akan dilaksanakan oleh para sukarelawan dan juga rakan kerjasama Islamic Aid Malaysia.

Objektif utama program ini adalah bagi mengurangkan beban golongan memerlukan dalam membuat persediaan untuk membolehkan anak-anak mereka meneruskan sesi persekolahan 2017 dengan unifom serta kelengkapan persekolahan yang mencukupi. Program ini merupakan antara program kemanusiaan yang diadakan setiap tahun bagi membantu meringankan beban keluarga miskin yang mempunyai tanggungan yang ramai serta kurang berkemampuan untuk menyediakan uniform dan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka.

Bagi tahun sesi persekolahan yang lalu, IAM telah mencatat seramai lebih 1,450 penerima manfaat melalui program ini. Perlaksanaan program ‘Kembali Ke Sekolah pada tahun ini pula akan dilaksanakan melalui beberapa fasa dan akan berlangsung di sepanjang cuti persekolahan sebelum bermulanya penggal pertama persekolahan pada tahun 2017 dan melibatkan seramai 1,600 orang pelajar miskin.

 

Bagi sesi persekolahan yang lepas, perlaksanaan penyerahan kelengkapan persekolahan kepada pelajar-pelajar terpilih telah diadakan di beberapa lokasi utama iaitu :

1. Program Kembali Ke Sekolah 2016 Peringkat Negeri Sabah berlokasi di Sekolah Kebangsaan Kindu,Tuaran,Sabah. Seramai kira-kira 200 orang pelajar yang kurang berkemampuan dari sekolah tersebut telah menerima bantuan persiapan persekolahan dari program ini.

2.  Dewan Terbuka Sek Keb Telosan, Pasir Puteh, Kelantan- Program ini telah memberi manfaat kepada 200 orang pelajar yang kurang berkemampuan dari Sek. Keb. Telosan, Sek. Keb Kampung Raja dan Sek Keb Jeram.

3. Dewan Inderapura, Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan, Pahang- Program ini telah memberi manfaat kepada 200 orang pelajar dari 5 buah sekolah dari kawasan sekitar daerah Pekan. Program istimewa ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Lt.Kol Tengku Dato' Sri Kamarulzaman Al Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Penaung Yayasan ALMAS.

4. Sekolah Keb Seri Pantai, Mersing, Johor- Program ini telah memberi manfaat kepada 200 orang pelajar dari Sek. Keb. Seri Pantai, Sek Keb. Mersing Kanan, Sek Keb Bandar Mersing dan Sek Keb Seri Mersing.

5. Sekolah Kebangsaan Kroh, Pengkalan Hulu, Perak- penerima sumbangan adalah terdiri daripada 200 orang pelajar yang kurang berkemampuan yang merupakan para pelajar dari Sek. Keb. Kroh, Sek. Keb Ayer Panas, Sek Keb Kuak Hulu dan Sek. Keb Klian Intan.

6. Dewan Balora Kongsi, Balik Pulau, Pulau Pinang. Program ini telah memberi manfaat kepada 50 orang pelajar miskin terpilih dari Apartment Kos Rendah sekitar Balik Pulau.

7. Sek Keb Lahar Kepar, Kepala Batas, Pulau Pinang - Program ini telah memberi manfaat kepada 200 orang pelajar dari Sek. Keb. Lahar Kepar, Sek Keb Penaga, Sek Keb Penaga Jaya, Sek Keb Permatang Sintok dan Sek Keb Paya Keladi.

8. Sek Keb Haji Hassan Itam, Simpang Empat, Alor Setar, Kedah- Program ini telah memberi manfaat kepada 200 orang pelajar dari Sek. Keb. Haji Hassan Itam, Sek.Keb. Kangkung dan Sek Keb Buluh Lima.

Selain dari lokasi di atas, IAM bersama rakan sukarelawan juga turut mengagihkan bantuan kelengkapan persekolahan kepada pelajar-pelajar miskin dengan mengunjungi kediaman masing-masing di beberapa lokasi terpilih di negeri Selangor.

Bagi meneruskan misi kemanusian ini, pihak IAM amat mengalu-alukan sokongan dan sumbangan orang ramai bagi bersama-sama menjayakan program ‘Kembali Ke Sekolah’ bagi sesi persekolahan 2016 ini.

 

Pakej Amal Bantuan Sekolah RM150 untuk seorang kanak-kanak

• Uniform SekolahPelajar Lelaki (Baju & Seluar)
• Pelajar Perempuan (Baju, Kain & Tudung)
• Kasut Sekolah
• Stokin
Beg Sekolah & Alat Tulis


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Farouq Zauji di talian 019-3973558/03-89485939.
Bagi sumbangan, sila klik disini

 



Login Form