Saturday, January 20, 2018
   
Text Size

Ziarah Korban Di Nepal 2014

 

Bagi tahun 2014, untuk julung-julung kalinya pihak Islamic Aid Malaysia telah berkunjung ke Nepal bagi melaksanakan ibadah korban. Program ini merupakan perlaksanaan program korban di peringkat antarabangsa. Perlaksanaan ibadah korban telah diadakan di beberapa daerah berbeza di Nepal.

Ziarah Korban Nepal telah dimulakan di ibu kota Nepal iaitu Kathmandu, dan pengedaran daging korban yang diadakan di Kalimati. Seramai hampir 500 penerima manfaat miskin yang tinggal di sekitar ibu kota Kathmandu telah menerima sumbangan daging korban sebanyak 2 kg setiap orang. Majlis sumbangan daging korban ini turut dihadiri oleh wakil daripada kedutaan Malaysia di Nepal dan disertai oleh rakan-rakan media dan krew IAM.

Ziarah Korban Nepal kemudiannya telah diadakan di daerah Beninghat, di mana sebanyak 22 ekor haiwan korban telah disembelih untuk diedarkan kepada 500 penduduk Islam miskin di sekitar daerah Beninghat dan juga perkampungan yang berdekatan. Setiap keluarga menerima sebanyak 2kg daging korban sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin. Majlis serba sederhana ini turut diceriakan dengan persembahan qasidah oleh anak-anak yatim seramai 90 orang dari Madrasah Faizul Uloom. Jemputan turut dihidangkan dengan jamuan makan tengahari yang disediakan secara bergotong royong.

Selain dari korban di Nepal, pihak Islamic Aid Malaysia juga melaksanakan program program di beberapa lokasi terpilih di peringkat tempatan. Perlaksanaan korban ini telah dilaksanakan oleh IAM dengan kerjasama rakan kerjasama, para sukarelawan dan juga penduduk tempatan.

IAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma budiman yang telah melaksanakan ibadah korban mereka melalui IAM. Semoga ibadah korban anda semua diberkati Allah SWT hendaknya.

 

Bagi album penuh program, sila klik pautan di bawah :

Ziarah Korban di Kathmandu, Nepal

Ziarah Korban di Beninghat, Nepal

Ziarah Korban Di Rantau Panjang, Kelantan

Ziarah Korban Di Pasir Mas, Kelantan

 

Login Form