Monday, June 18, 2018
   
Text Size

Jejak Tirai Besi di Thailand

 

Jejak Tirai Besi merupakan sebuah program kemanusiaan anjuran IAM dimana pihak IAM akan mengadakan siri kunjungan bagi menjejaki banduan Malaysia yang menjalani hukuman penjara di negara jiran. Melalui kunjungan ini, diharapkan isu dan keperluan dapat dikenalpasti bagi membolehkan bantuan susulan diberikan kepada keluarga atau tangunggan bantuan tersebut. Bagi program Jejak Tirai Besi ke Thailand 2014, kunjungan telah diadakan di Nathawee District Prison, Thailand dan Songkhla Correctional Special Treatment Prison.

Kunjungan team IAM ke Nathawee District Prison, Thailand yang menempatkan seramai 1,781 orang banduan turut menemukan 5 orang banduan Malaysia yang ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan kes dadah. Seramai 52 orang banduan dari Malaysia telah ditahan di penjara ini atas pelbagai kesalahan jenayah dan daripada temu bual yang telah diadakan, terdapat ramai juga banduan yang telah berkeluarga dan mempunyai anak yang masih bersekolah. Kebanyakan daripada mereka hanya mengharapkan isteri untuk menyara persekolahan anak-anak selain belas ihsan daripada ahli keluarga. Walau pun rata-rata telah insaf akan kesalahan mereka yang lalu, terdapat juga di kalangan banduan tersebut yang masih tidak mengaku bersalah kerana menjadi mangsa keadaan atau diperangkap menjadi keldai dadah.

Jejak Tirai Besi ke Thailand telah disusuli dengan kunjungan ke Songkhla Correctional Special Treatment Prison.  Kunjungan ini meninggalkan pelbagai kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh ahli -ahli peserta rombongan dan juga rakan media yang dibawa khas dari Kuala Lumpur. Program Jejak Tirai Besi anjuran IAM ini diadakan bertujuan untuk membantu meringankan beban ahli keluarga tahanan di Malaysia yang hilang sumber pendapatan akibat ketua keluarga yang ditahan di penjara luar negara. IAM fokus kepada keluarga tahanan yang susah serta mempunyai anak yang masih bersekolah. Sebelum ini, pihak IAM telah pun berkunjung ke beberapa buah penjara di Indonesia dan melalui fasa 2 program Jejak Tirai Besi ini, IAM telah mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan 15 orang banduan dari Malaysia yang telah ditahan di penjara Thailand akibat pelbagai kesalahan. Program Jejak Tirai Besi ini telah mendapat kerjasama erat daripada pihak Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla ,Thailand.

Liputan eksklusif berkaitan program ini akan disiarkan di media-media tempatan bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat umum tentang realiti sebenar kehidupan banduan Malaysia di negara jiran.

 

Bagi album penuh program ini sila klik pautan di bawah :

Program Jejak Tirai Besi Thailand (Songkhla)

Program Jejak Tirai Besi Thailand (Nathawee)

 

Login Form