Saturday, January 20, 2018
   
Text Size

Program Kembali Ke Sekolah Bagi Sesi Persekolahan 2015

 

Bersempena dengan permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2015, Islamic Aid Malaysia (IAM), sekali lagi mengadakan program amal tahunan `Kembali Ke Sekolah 2015’. Program 'Kembali Ke Sekolah' pada tahun ini mendapat sumbangan pembiayaan dari rakan korporat kemanusiaan IAM, diantaranya Etiqa Takaful Berhad, UKM Holdings, serta sumbangan dari para individu yang prihatin.

Program 'Kembali Ke Sekolah 2015' yang juga dikenali sebagai “BACK TO SCHOOL 2015” ini bertujuan untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh keluarga miskin dan berpendapatan rendah bagi menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka. Melalui program ini, setiap penerima sumbangan menerima kelengkapan sekolah termasuk beg sekolah, uniform, kasut dan setokin. Program ini telah berlangsung di sepanjang musim cuti persekolahan, melibatkan beberapa negeri di serata tanah air.

Program kemanusiaan ini turut mendapat sokongan daripada rakan sukarelawan Islamic Aid Malaysia di selurah negara. Pihak IAM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas sumbangan badan-badan korporat, para individu serta rakan sukarelawan. Semoga Allah memberkati usaha mereka yang menjayakan program ini demi membawa keceriaan kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan ini.

 


 

Bagi album penuh program ini, sila klik link di bawah :

Program Back To School Di Kedah

Program Back To School Di Sarawak

Program Back To School Di Kelantan

Program Back To School Di Pulau Pinang

Program Back To School Di Hulu Selangor

Program Back To School Di Johor

Program Back To School Di Perak

 

Login Form