Thursday, April 26, 2018
   
Text Size

Bantuan Bencana Banjir IAM

 

Pihak Islamic Aid Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan dan keperihatinan orang ramai di dalam membantu mangsa banjir di kawasan di pantai timur baru-baru ini. Selain dari sumbangan kewangan, pihak IAM juga menerima sumbangan barangan keperluan di pusat pengumpulan barangan bantuan banjir yang telah diadakan di Dewan IKIM.

Berbagai program bantuan telah berjaya diadakan secara berperingkat. Dengan kerjasama dari berbagai pihak juga, berbagai bentuk sumbangan telah berjaya diagihkan di berbabagi lokasi berbeza di kawasan yang terjejas.

Pihak IAM mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada para dermawan, rakan kerjasama, rakan media, serta para sukarelawan kami yang telah membantu  samada di pusat pengumpulan bantuan banjir, ahli-ahli konvoi kemanusiaan skuad bencana IAM, team sukarelawan perubatan serta mereka-mereka yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Mudah-mudahan usaha ini dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan dariNya. Amin.

 

Bagi album penuh program Bantuan Banjir IAM, sila klik link di bawah:

IAM Terus Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan

IAM  Bersama Skuad ALFA RTM di Manik Urai Kelantan

Sukarelawan IAM - Medical Team

Majlis Pelepasan Konvoi Pasca Banjir IAM-Etiqa

 

 

Login Form