Sunday, October 21, 2018
   
Text Size

ZIARAH KORBAN 1436H CERIAKAN SAMBUTAN AIDILADHA

 

Bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha, Islamic Aid Malaysia (IAM) sekali lagi tampil dalam memperkenalkan program Ziarah Korban 1436H. Program bermusim anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM) ini sudah memasuki tahun kelima penganjurannya  yang bermatlamat untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia khususnya warga miskin yang memerlukan di luar bandar dan dari kawasan pendalaman merasai nikmat Korban sebagaimana yang dirasai oleh mereka yang tinggal di kawasan bandar. Program yang bertemakan Korban Ke Arah Kebajikan ini juga turut melibatkan kempen kutipan dana daripada orang ramai bagi membantu golongan memerlukan bersempena bulan pelaksanaan Ibadah Korban.

Untuk tahun 2015, pelaksanaan ibadah Korban telah dilaksanakan dibeberapa lokasi terpilih. Bagi peringkat Malaysia, ia telah diadakan di Negeri Kelantan dan melibatkan kampung Kg.Kubang Bunut di Pasir Mas, Kg Kok Lanas dan Kg.Pusu Sireh di Rantau Panjang,

 


Bagi peringkat Negara Nepal pula , sebanyak 100 ekor kerbau dan 1 ekor kambing telah dikorbankan. Pelaksanaan ibadah korban telah dilaksanakan di beberapa kawasan di sekitar Kathmandu, Jalpapur, Rauthahat, Patan, Sirahah, Beninghat, dan Argakhachi. Selain itu juga, pelaksanaan ibadah Korban turut dilaksanakan di Negara Palestine dengan kerjasama Muslim Aid.

 

 

Golongan Sasaran  

Melalui program ‘Ziarah Korban 1436H’ ini, pihak IAM telah berjaya mengagihkan daging Korban kepada lebih 8,000 keluarga miskin di Malaysia dan juga Negara Nepal serta Palestine khususnya kepada mereka yang tinggal di luar bandar dan kawasan pedalaman. Pelaksanaan ibadah korban di Malaysia dan Nepal ini memfokuskan pengagihan daging segar kepada golongan fakir miskin,anak yatim miskin, ibu tunggal miskin, warga emas  dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Bagi Negara Palestine, pengagihan daging Qurban dalam tin telah diagihkan kepada para penerima manfaat.

Lebih unik, program ‘Ziarah Korban 1436H’ ini telah dilaksanakan secara gotong-royong yang melibatkan penduduk setempat. Ia juga turut mendapat sokongan daripada para sukarelawan Islamic Aid Malaysia. Aktiviti sukarelawan ini merangkumi aktiviti penyembelihan lembu, pemotongan daging, pembungkusan daging dan juga pengagihan daging kepada penerima manfaat. Selain itu, turut diadakan adalah aktiviti gotong-royong memasak bagi meraikan penerima manfaat yang hadir ke Majlis..

Pihak IAM merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan korporat serta masyarakat Malaysia yang prihatin dalam menjayakan program ‘Ziarah Korban 1436H’.Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan sukarelawan yang sentiasa memberi  sokongan dalam usaha kemanusiaan dan terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.

Login Form