Saturday, August 18, 2018
   
Text Size

IAM & Etiqa Serah Rumah Kekal Pasca Banjir

 

PAHI, Kuala Kerai 3 Oktober 2015 -Prihatin di atas nasib mangsa banjir di kawasan pantai timur yang telah kehilangan tempat kediaman, IAM dan Etiqa Takaful Berhad telah mengadakan MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH KEKAL BESERTA BARANGAN KELENGKAPAN RUMAH, bertempat di Kg. Pahi, Kuala Kerai, Kelantan.

Projek Pembinaan rumah kekal mangsa banjir di Kelantan merupakan salah satu projek utama anjuran Islamic Aid Malaysia. Penglibatan IAM sebagai NGO di dalam projek pembinaan rumah kekal mangsa banjir adalah merupakan yang terbesar  melibatkan pembinaan sebanyak 66 buah rumah kekal di tiga kawasan utama iaitu di Pahi, Kuala Kerai, RKT Lebir dan juga di Tanah Putih, Gua Musang.

Pada majlis yang telah berlangsung baru-baru ini, seramai 15 buah keluarga telah menerima kunci rumah masing-masing berserta barangan elektrik kelengkapan rumah. Majlis penyerahan kunci ini telah berlangsung dengan penuh bermakna, dimana rata-rata penerima melahirkan rasa syukur dapat berpindah ke rumah sendiri setelah sekian lama terpaksa tinggal di dalam keadaan yang serba kekurangan akibat rumah asal mereka yang telah musnah sepenuhnya akibat bencana banjir besar yang lalu.

Usaha murni mendapat sokongan dari Etiqa Takaful Berhad dimana pihak Etiqa telah bermurah hati memperuntukkan sebanyak RM 2.4 juta bagi membiayai kos pembinaan rumah-rumah bagi mangsa banjir tersebut. Rumah-rumah kekal ini telah dibina berdasarkan pelan yang telah direka khas, mengikut ketinggian yang optimum bagi menangani masalah kawasan perumahan yang sering dilanda banjir. Setiap rumah memiliki 3 bilik tidur, 1 bilik air, ruang tamu dan juga dapur.

Selain dari penerima sumbangan rumah kekal di Pahi, kebanyakan penerima sumbangan rumah kekal di kawasan lain telah berpindah ke rumah baru masing-masing.

Program pembinaan rumah kekal ini merupakan program susulan setelah lebih RM 350,000 dibelanjakan bagi bantuan pasca banjir, berupa barangan bantuan kecemasan dan keperluan pada awal Januari lepas.

 

 

Login Form