Sunday, December 16, 2018
   
Text Size

Perlaksanaan Program Kembali Ke Sekolah 2016

 

Program ‘Kembali Ke Sekolah’ atau juga dikenai sebagai ‘Back To School’ merupakan satu program amal komuniti tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah. Program ini memberi tumpuan  kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan anak-anak golongan yang memerlukan di kawasan luar bandar.

Melalui program ini Islamic Aid Malaysia bersama rakan penaja dan penyumbang akan bersama-sama membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2016. Penyediaan kelengkapan persekolahan ini merangkumi uniform sekolah, kasut, stokin, beg sekolah dan juga alat tulis. Program ini akan dilaksanakan oleh para sukarelawan dan juga rakan kerjasama Islamic Aid Malaysia.


Bagi tahun 2015, perlaksanaan penyerahan kelengkapan persekolahan kepada pelajar-pelajar terpilih telah diadakan di beberapa lokasi utama iaitu :

1. Program Kembali Ke Sekolah 2016 Peringkat Negeri Sabah berlokasi di Sekolah Kebangsaan Kindu,Tuaran,Sabah. Seramai kira-kira 200 orang pelajar yang kurang berkemampuan dari sekolah tersebut telah menerima bantuan persiapan persekolahan dari program ini.

2.  Dewan Terbuka Sek Keb Telosan, Pasir Puteh, Kelantan- Program ini telah memberi manfaat kepada 200 orang pelajar yang kurang berkemampuan dari Sek. Keb. Telosan, Sek. Keb Kampung Raja dan Sek Keb Jeram.

3. Dewan Inderapura, Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan, Pahang- Program ini telah memberi manfaat kepada 150 orang pelajar dari 5 buah sekolah dari kawasan sekitar daerah Pekan. Program istimewa ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Lt.Kol Tengku Dato' Sri Kamarulzaman Al Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Penaung Yayasan ALMAS.

4. Sekolah Keb Seri Pantai, Mersing, Johor- Program ini telah memberi manfaat kepada 200 orang pelajar dari Sek. Keb. Seri Pantai, Sek Keb. Mersing Kanan, Sek Keb Bandar Mersing dan Sek Keb Seri Mersing.

5. Sekolah Kebangsaan Kroh, Pengkalan Hulu, Perak- penerima sumbangan adalah terdiri daripada 200 orang pelajar yang kurang berkemampuan yang merupakan para pelajar dari Sek. Keb. Kroh, Sek. Keb Ayer Panas, Sek Keb Kuak Hulu dan Sek. Keb Klian Intan.

6. Dewan Balora Kongsi, Balik Pulau, Pulau Pinang.

7. Sek Keb Lahar Kepar, Kepala Batas, Pulau Pinang - Program ini telah memberi manfaat kepada 200 orang pelajar dari Sek. Keb. Lahar Kepar, Sek Keb Penaga, Sek Keb Penaga Jaya, Sek Keb Permatang Sintok dan Sek Keb Paya Keladi.

8. Sek Keb Haji Hassan Itam, Simpang Empat, Alor Setar, Kedah- Program ini telah memberi manfaat kepada 200 orang pelajar dari Sek. Keb. Haji Hassan Itam, Sek.Keb. Kangkung dan Sek Keb Buluh Lima.

Selain dari lokasi di atas, IAM bersama rakan sukarelawan juga turut mengagihkan bantuan kelengkapan persekolahan kepada pelajar-pelajar miskin dengan mengunjungi kediaman masing-masing di beberapa lokasi terpilih di negeri Selangor.

 

 

Login Form