Thursday, December 13, 2018
   
Text Size

KEMPEN ‘CANTIK DI MATA 2016

 

KEMPEN ‘CANTIK DI MATA 2016

BERSAMA

IKON MIZZ NINA, NOH SALLEH,YATT HAMZAH & ADAM CORRIE

Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama Radio Salamfm serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini telah mengadakan majlis sidang media bagi melancarkan kempen program “ CANTIK DI MATA....” bersama  sukarelawan dakwah dari kumpulan  MOCA ( Malaysian’s On Covering Aurah)  yang akan diadakan serentak pada 14 Februari 2016 di seluruh Malaysia.

Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat Malaysia khususnya golongan belia mengenai larangan menyambut hari kekasih dan kepentingan untuk menutup aurat mengikut syariat Islam. Selain daripada itu, kempen ini juga bertujuan untuk mendidik masyarakat Malaysia di samping memberi pendedahan kepada golongan bukan muslim tentang kelebihan menutup aurat serta cara menutup aurat yang betul supaya kelihatan cantik di mata baik untuk golongan muslimin mahupun muslimah.

Kempen ini akan dilaksanakan secara serentak pada 14hb Februari 2016, di 14 buah lokasi yang berbeza di seluruh negara dan ianya melibatkan aktiviti ‘dakwah jalanan’ /street dakwah dengan pengagihan risalah dan barangan secara percuma kepada orang ramai. Kempen ini juga turut menggunakan pendekatan melalui media sosial dengan menggalakkan orang ramai untuk  menghantar gambar “Berselfie” atau  “Berwefie” dalam keadaan menutup aurat beserta mesej yang ingin disampaikan melalui ‪#‎iam4humanity sebagai tanda sokongan orang ramai dalam menjayakan kempen ini. Kempen ini tebuka kepada orang ramai samada lelaki mahupun perempuan .  Bagi menjayakan kempen ini, Mizz nina & Yatt Hamzah telah dipilih oleh pihak penganjur untuk menjadi ikon muslimah manakala Noh Salleh & Adam Corrie telah dilantik untuk menjadi ikon muslimin bagi menjayakan kempen “ CANTIK DI MATA 2016”.

 

 

ZAHIRKAN TANDA SOKONGAN ANDA

DENGAN ‘BERSELFIE’ & ‘BERWEFIE’

Islamic Aid Malaysia berserta rakan penganjur,  menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta menyokong kempen  “CANTIK DI MATA 2016”  ini dengan sama-sama menyertai kempen ini secara (ONLINE) di laman facebook Islamic Aid Malaysia sebagai tanda sokongan dengan menghantar gambar “Berselfie” atau  “Berwefie” anda dalam keadaan menutup aurat beserta mesej yang ingin disampaikan melalui ‪#‎iam4humanity saya tutup aurat kerana ( nyatakan mesej anda ). Kempen ini akan bermula pada 26hb Januari  2016 sehingga 14hb Februari 2016.

Islamic Aid Malaysia akan memilih 3 gambar “Berselfie” atau  “Berwefie” beserta mesej yang terbaik daripada penyertaan untuk menyertai misi kemanusian Islamic Aid Malaysia di luar Negara bersama Ikon kempen “CANTIK DI MATA 2016”  Pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak Islamic Aid Malaysia.

Garis panduan penyertaan adalah seperti berikut :-

  1. Sila LIKE page Islamic Aid Malaysia sebagai syarat kelayakan penyertaan.
  2. Gambar “Berselfie”atau  “Berwefie” yang dihantar hendaklah dalam keadaan sopan dan menutup aurat

( Juga terbuka untuk lelaki dan wanita Muslim atau bukan Muslim ).

  1. 3. Gambar boleh ditampilkan dalam keadaan  “Berselfie”atau  “Berwefie”.
  2. Mesej yang disampaikan hendaklah tidak melebihi 30 patah perkataan .
    ( Contoh : #SayaTutupAurat kerana saya kelihatan lebih cantik dan menarik )
  3. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi hanya satu penyertaan yang akan disenarai pilih oleh pihak penganjur.
  4. Gambar penyertaan yang dihantar mestilah gambar asli anda sendiri dan bukan gambar yang telah dimuat turun dari Internet atau milik orang lain.
  5. Gambar yang diedit tidak boleh diterima pakai.
  6. Gambar dan mesej yang disampaikan tidak boleh menyentuh sensitiviti agama atau bangsa lain.
  7. Sila LIKE page Islamic Aid Malaysia sebagai syarat kelayakan penyertaan.

Penyertaan yang tidak mengikut garis panduan akan segera dipadamkan oleh pihak penganjur.

NYATAKAN TANDA SOKONGAN ANDA DENGAN MENGHANTAR MESEJ ANDA KE LAMAN FACEBOOK ISLAMIC AID MALAYSIA

https://www.facebook.com/myIslamicAid

SILA LIHAT BANNER KEMPEN “CANTIK DI MATA….”

LOKASI  JELAJAH PROGRAM  “ CANTIK DI MATA....”

Aktiviti kempen program “CANTIK DI MATA….” akan berjalan serentak di seluruh negara pada 14hb Februari 2016, di mana majlis pelancaran kempen ini akan diadakan di lokasi berikut :

 

Lokasi : Perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Tarikh : 13 Februari 2016

Masa : Bermula 9.00 malam hingga 11.30 malam

 

Lokasi Kempen di seluruh negara

1)     Johor : Plaza Kotaraya Jalan Trus, Johor Bharu.

2)     Sabah : Waterfront, Kota Kinabalu

3)     Perlis : Shopping Complex Cmart

4)     Kedah : Dataran Masjid Zahir

5)     Melaka : Dataran A Famosa

6)     Sarawak : Waterfront Kuching & India Street

7)     Kelantan : Perkarangan Masjid Muhammadiah, Kota Baharu.

8)     Kuala Lumpur : Sogo & Jalan Masjid India

9)     Terengganu : Pantai Batu Buruk

10) Pahang : Telok Chempedak

11) Penang : Mydin, Bukit Mertajam

12) Selangor : Laman Seni, Shah Alam.

13) Negeri Sembilan : Dataran Seremban

14) Perak : Pantai Teluk Batik/ Dataran Lumut

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

 

En. Farouq Zauji, Naib Presiden dan Ketua Unit Komunikasi dan Media Islamic Aid Malaysia  di  talian 03-89485939 / 019-3973558 atau email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Login Form