Monday, January 22, 2018
   
Text Size

Salam Kasih Ramadan 2016

 

IAM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kapada para dermawan serta orang ramai yang prihatin bagi kejayaan perlaksanaan Salam Kasih Ramadan 2016 yang telah berlangsung di bulan Ramadan yang lepas.

Memasuki tahun ke-5 penganjurannya, 'Salam Kasih Ramadan' merupakan sebuah program kemanusiaan anjuran bersama Radio Salam.f.m., Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Program ini telah berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan disepanjang bulan Ramadan. Majlis Pelancaran Salam Kasih Ramadan 2016 telah diadakan secara rasmi pada 2 Jun 2016, dan dirasmikan oleh Yang Bhg Dato' Hj Razali B. Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bagi tahun ini Salam Kasih Ramadan juga mendapat sokongan dari Yayasan Taqwa, Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, PISU dan Media Karangkraf selaku rakan kerjasama rasmi Salam Kasih Ramadan 2016.

Program istimewa ini menggunakan konsep ziarah amal sambil bersahur dan beriftar dimana IAM, bersama-sama Radio Salam.fm serta rakan kerjasama dan para sukarelawan telah mengadakan kunjungan di madarasah dan rumah kebajikan terpilih bagi bersahur dan beriftar disamping menghulurkan sumbangan.

Sebanyak 4 siri penjelajahan telah diadakan di 4 buah negeri iaitu Madrasah Az-Zakirin, Rembau, Negeri Sembilan, Madrasah Hidayatul Mubtadies, Nilai, Negeri Sembilan, Madrasah Tahfiz Al-Hikmah, Sg. Buloh, Selangor  dan Rumah Anak Yatim Al-Baraqah, Teluk Intan Perak. Selain dari bersahur dan beriftar, setiap kunjungan juga diserikan dengan sedikit pengisian amal dan ilmu. Setiap kunjungan juga diserikan lagi dengan kehadiran penyampai Radio, rakan kerjasama dan para sukarelawan.

Semoga usaha murni ini mendapat redha dan keberkatan dariNya.

 

Login Form