Sunday, December 16, 2018
   
Text Size

Imarah Ramadan IAM & IKIM.fm 2016

 

IAM ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan terhadap para dermawan yang prihatin, juga kepada berbagai pihak yang telah membantu secara langsung mahupun tidak langsung diatas kejayaan program Imarah Ramadan 2016. Memasuki tahun ke-4 penganjurannya, program ini merupakan program ini merupakan sebuah kerjasama kemanusiaan IAM bersama Radio IKIM.fm.

Melalui program ini, IAM bersama pasukan IKIM.fm mengadakan kunjungan di beberapa lokasi terpilih bagi menghulurkan sumbangan Ramadan kepada golongan yang memerlukan. Melalui kerjasama unik ini juga, para pendengar Radio IKIM.fm boleh menghulurkan sumbangan ke Tabung Ramadan IAM. Info dan perlaksanaan kempen ini juga mendapat liputan langsung dari Radio IKIM.fm.

Program Imarah Ramadan 2016 telah dilancarkan secara rasmi pada 25 Mei 2016, di Institut Kefahaman Islam Malaysia,  dan telah disempurnakan oleh YBhg Dr. Mohd Zaidi B. Ismail, Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Antara penerima sumbangan yang telah mendapat maanfaat dari program ini adalah golongan nelayan miskin dari Batu Pahat, Johor, Keluarga Banduan yang memerlukan dari Penjara Batu Gajah, Perak, golongan yang memerlukan dari sekitar Batu Gajah, Perak, golongan miskin dan memerlukan dari Kg. Pulau Tongkang, Tumpat Kelantan, dan juga golongan penarik beca dari Pasir Mas, Kelantan.

Semoga usaha murni ini mendapat redha dan keberkatan dariNya.

 

 

Login Form