Sunday, September 22, 2019
   
Text Size

Ziarah Qurban di Nepal 1440H/2019

 

Bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 1440H/2019, Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama Masjid Muhammadi Angkasapuri sekali lagi berkesempatan menjayakan program Ziarah Korban 1440H. Bertemakan 'Korban Ke Arah Kebajikan' program ini mensasarkan golongan yang memerlukan di kawasaan bandar mahupun diluar bandar.

Perlaksanaan korban di peringkat tempatan dan di negara Nepal telah dilaksanakan sendiri oleh pihak Islamic Aid Malaysia. Korban diperingkat antarabangsa pula diadakan dengan kerjasama bersama Muslim Aid Malaysia.

Bagi peringkat tempatan, sebanyak 4 ekor lembu dan seekor kambing telah disembelih. Perlaksanaan telah diadakan di mukim Lubuk Setol dan Kampung Laha, Pulau Condong, Kelantan. Seramai kira-kira 200 keluarga telah menerima manfaat dari perlaksanaan tersebut.

Di negara Nepal pula, pada tahun ini sebanyak 70 ekor kerbau dan 3 ekor kambing telah dikorbankan. Perlaksanaan korban dilaksanakan dikawasan Kathmandu, Naradevi Rautahat dan Beninghat. Kunjungan kali ini turut disertai oleh 55 peserta dari Masjid Muhammadi bagi turut penyaksikan perlaksanaan korban kali ini. Peserta kali ini juga turut bermurah hati menghulurkan sumbangan secara peribadi bagi membantu madrasah serta penduduk beragama Islam di tempat yang dikunjungi di Nepal.

Golongan Sasaran

Melalui program ‘Ziarah Korban 1440H’ ini, pihak IAM telah berjaya mengagihkan daging Korban kepada lebih 3,500 keluarga miskin di Nepal iaitu penduduk beragama Islam dari sekitar Kathmandu, Beninghat, Naradevi dan Rautahat.

Pengagihan daging korban ini memfokuskan pengagihan daging segar kepada golongan fakir miskin,anak yatim miskin, ibu tunggal miskin, warga emas  dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Kenyataaan Presiden Islamic Aid Malaysia

Mengulas mengenai program Ziarah Korban tahun ini, Presiden Islamic Aid Malaysia, En Zawahir Abdullah berkatan bahawa program Ziarah Korban ini merupakan program amal tahunan diadakan bertujuan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan di musim Hari Raya Aidiladha. Beliau yang merasa terharu dengan suasana disekitar Kathmandu dimana rata-rata masyarakat khususnya masyarakat Islam hidup dibelenggu kemiskinan.

Dengan perlaksanaan korban kerbau dan kambing, hasil dari sumbangan masyarakat Malaysia ini, lebih ramai masyarakat Islam di negara Nepal dapat merasai daging korban tahun ini.

Lebih unik lagi, program ‘Ziarah Korban ke Nepal turut disertai oleh sekumpulan rakyat Malaysia serta para sukarelawan IAM bagi tujuan mengunjungi saudara seislam dinegara tersebut serta menghulurkan bantuan peribadi kepada golongan yang memerlukan. Ziarah ini juga turut mendapat sokongan daripada para sukarelawan Islamic Aid Malaysia, dimana aktiviti penyembelihan lembu, pemotongan daging, pembungkusan daging dan juga pengagihan daging kepada penerima manfaat di9lakukan oleh para sukarelawan serta rakan kerjasama IAM.

Pihak IAM merakamkan ucapan terima kasih kepada para sukarelawan IAM di Malaysia serta di Nepal, rakan-rakan kerjasama serta masyarakat Malaysia yang prihatin dalam menjayakan program ‘Ziarah Korban 1440H/2019’.Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan kerjasama serta para sukarelawan di atas sokongan serta penglibatan samada secara langsung mahupun tidak langsung.

 

SENARAI NAMA PESERTA QURBAN  ANJURAN ISLAMIC AID MALAYSIA UNTUK TAHUN 2019/1440H

Sila Klik Di SINI

Gambar-gambar terkini sekitar program Qurban IAM di berbagai lokasi juga boleh didapati di Facebook IAM, sila klik :

https://www.facebook.com/myIslamicAid/

 

Login Form