Saturday, January 20, 2018
   
Text Size

Perlaksanaan Program 'Back To School' Bagi Sesi Persekolahan 2017

 

Program ‘Kembali Ke Sekolah’ atau juga dikenai sebagai ‘Back To School’ merupakan satu program amal komuniti tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah. Program ini memberi tumpuan  kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan anak-anak golongan yang memerlukan di kawasan luar bandar.

Melalui program ini Islamic Aid Malaysia bersama rakan penaja dan penyumbang akan bersama-sama membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2017. Penyediaan kelengkapan persekolahan ini merangkumi uniform sekolah, kasut, stokin, beg sekolah dan juga alat tulis. Program ini akan dilaksanakan oleh para sukarelawan dan juga rakan kerjasama Islamic Aid Malaysia.

Program 'Back to School 2017' kali ini merupakan tahun keenam perlaksanaanya, telah member manfaat kepada lebih 1,600 orang pelajar sekolah rendah kurang berkemampuan dari sekitar 32 buah sekolah.


Bagi tahun 2016, perlaksanaan penyerahan kelengkapan persekolahan kepada pelajar-pelajar terpilih telah diadakan di beberapa lokasi utama iaitu :

1. Sekolah Kebangsaan Rakyat Tupong, Kuching, Sarawak.

2. Sekolah Kebangsaan Bekelam, Bachok, Kelantan.

3. Sekolah Kebangsaan Pedu, Kuala Nerang, Kedah.

4. Dewan Balora Kongsi, Balik Pulau, Pulau Pinang.

5. Sekolah Kebangsaan Permatang Pelandok, Chenderong, Balai, Perak.

6. Sekolah Kebangsaan Penerok, Kukup, Pontian, Johor.

7. Sekolah Kebangsaan Buang Sayang, Papar, Sabah.

Di setiap lokasi diatas, Seramai kira-kira 200 orang pelajar yang kurang berkemampuan dari beberapa buah sekolah dari kawasan berdekatan telah menerima bantuan persiapan persekolahan.

IAM mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan para penaja, rakan kerjasama, para sukarelawan serta berbagai pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menjayakan program ini.

 

Login Form