Sunday, July 23, 2017
   
Text Size

Program Bantuan Minyak Enjin Bot Percuma

 

Melihat akan keadaan majoriti kumpulan golongan nelayan tradisional di persisiran pantai pada ketika ini, pihak IAM dengan kerjasama Etiqa Takaful Berhad telah mengadakan program 'Bantuan Minyak Enjin Bot Percuma' bagi kegunaan nelayan nelayan ini bagi menangkap ikan. Program ini merupakan satu program komuniti mensasarkan kumpulan nelayan di persisiran pantai.

Melalui program ini, setiap nelayan yang hadir menerima bantuan sejumlah 25 liter minyak petrol Ron95 bagi digunakan sebagai minyak bot ketika menangkap ikan di laut.

Program ini telah mendapat pembiayaan dari Etiqa Takaful Berhad, mensasarkan kira-kira 1,500 nelayan tradisional dari beberapa perkampungan nelayan terpilih dari 5 buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan Johor. Program ini diadakan bertujuan bagi meringankan beban kumpulan nelayan tradisional yang turut terjejas akibat kenaikan kos taraf hidup yang semakin meningkat tinggi pada ketika ini.

Meskipun sumbangan minyak petrol bernilai RM50 bagi setiap penerima mungkin kelihatan kecil, namun diharapkan sumbangan dan keperihatinan ini dapat membantu meringankan sedikit beban disamping diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh setiap penerima sumbangan.

 

Login Form