Friday, December 15, 2017
   
Text Size

Projek Pembinaan 'Water Catchment' di Kg. Sg. Sok, Kelantan

Projek Pembinaan ’Water Catchment’ ini adalah merupakan satu projek untuk komuniti di Kg Sg Sok, Kuala Krai, Kelantan. Ia bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh komuniti setempat di Kg.Sungai Sok, Kuala Krai, Kelantan yang menghadapi masalah bekalan air sering terputus terutamanya musim kemarau yang panjang, dan bekalan air yang disalurkan melalui Tandak/Water Catchment dari sungai berdekatan turut kering  merupakan masalah tahunan penduduk setempat.

Pelaksanaan projek ini melibatkan penyertaan penduduk kampung bersama-sama sukarelawan dari Maybank Islamic Berhad & Islamic Aid Malaysia untuk bersama-sama bergotong royong membina Water Catchment/Tandak Air di puncak Bukit Sabah yang terletak lebih kurang 4km dari Kg Sg Sok bagi tujuan menyalurkan air bersih untuk kegunaan komuniti di Kg Sg Sok. Pembinaan Water Catchment/Tandak Air yang dibuat pada ketinggian lebih 200 meter ini telah mengambil masa lebih kurang 5 minggu untuk siap sepenuhnya.

Dengan siapnya Water Catchment/Tandak Air yang dibina di Bukit Sabah ini, masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih di Kg. Sungai Sok, Kuala Krai, Kelantan  akhirnya dapat diatasi dengan kerjasama daripada pihak Maybank Islamic Berhad, selaku pembiaya projek dan juga pihak Islamic Aid Malaysia sebagai NGO pelaksana. Penantian penduduk kampong Sg Sok selama bertahun-tahun akhirnya berakhir apabila projek pembinaan  Water Catchment/Tandak Air di puncak Bukit Sabah telah dapat dilaksanakan dan disiapkan pada akhir tahun 2016.

Melalui projek ini, sebanyak 350 buah rumah telah mendapat bekalan air dan memberi manfaat kepada lebih 1500 orang penduduk di Kg Sg Sok, Kuala Krai, Kelantan. Sehingga kini, bekalan air tidak lagi putus dan kesemua penduduk melahirkan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada pihak yang prihatin dengan masalah bekalan air yang mereka hadapi selama ini.

Login Form