Thursday, September 21, 2017
   
Text Size

Jejak Prihatin Sri Lanka

Melihat akan kesusahan dan kedaifan masyarakat Sri Lanka melalui kunjungan singkat baru-baru ini, pihak IAM telah merancang untuk meneruskan lagi bantuaan kemanusiaan kepada masyarakat sekitar khususnya untuk bulan Ramadan yang akan datang. Melalui tinjauan kami dan maklumat yang diperolehi, masih terdapat perkampungan serta madrasah madrasah yang terletak jauh dari pusat bandar dan di kawasan pedalaman yang hidup dalam keadaan susah dan dibelenggu kemiskinan. Lebih menyedihkan lagi apabila perkampungan tersebut adalah perkampungan yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Melalui kempen ini, pihak Islamic Aid Malaysia bercadang untuk  membekalkan pek-pek berupa makanan keperluan asas harian seperti seperti beras, minyak masak, kekacang, kacang dhal, tepung, gula dan lain- lain lagi. Selain daripada itu, pihak Islamic Aid Malaysia juga bercadang untuk menjayakan program 'Bekalan Air Bersih'. Melalui program ini, pihak IAM akan membina Perigi beserta Pam Air & Tangki di beberapa buah rumah di sekitar perkampungan tersebut yang tidak mempunyai Bekalan Air.

Bantuan akan disalurkan secara terus oleh rakan sukarelawan Islamic Aid Malaysia mengikut lokasi yang akan ditetapkan. Misi ini mempunyai objektif untuk  membantu mengurangkan beban kesusahan yang dihadapi oleh mereka

Orang ramai yang berhasrat memberi sumbangan kepada tabung ‘Jejak Prihatin-Sri Lanka’ boleh melakukannya dengan menyalurkan sumbangan anda melalui akaun: Islamic Aid Malaysia di nombor akaun 5640-7000-2424 (Maybank) atau melayari laman web rasmi Islamic Aid Malaysia di www.iam.org.my atau menghubungi kami di talian 03-89485939 atau 019-3973558. Keprihatinan dan sokongan anda amat bermakna buat kami.

Bagi sumbangan secara online sila klik SAYA INGIN MENGHULURKAN SUMBANGAN ( sila pilih kategori  Sumbangan Luar Negara)

Login Form