Saturday, August 19, 2017
   
Text Size

Kasih Syawal 2017/1438H

 

Jika sebelum ini program’ Imarah Ramadhan’ telah  dilaksanakan dan berjaya mencapai sasarannya, namun bagi memberi keceriaan kepada golongan yang kurang berkemampuan, program ‘Kasih Syawal’ telah diperkenalkan bagi meneruskan misi kemanusiaan untuk membantu masyarakat terpinggir di musim perayaan. Lanjutan daripada itu, Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) telah menganjurkan program ’Kasih Syawal 1438H’ bertempat di Kampung Pantai Suri, Tumpat, Kelantan dan juga Kg.Rengalau Baru di Kiulu Sabah.  . Program istimewa ini  turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak Etiqa Takaful Berhad.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban kesusahan yang mereka hadapi dan juga berkongsi keceriaan di bulan Syawal. Setiap penerima manfaat yang majoritinya golongan Nelayan telah menerima sumbangan berupa Pek Makanan yang mengandungi barangan keperluan makanan harian seperti beras, gula, susu, minyak masak, sardin, biskut dan lain-lain lagi  serta sumbangan wang tunai bernilai RM50 untuk setiap seorang.

Penerima sumbangan ini terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu tunggal miskin, warga emas miskin dan juga golongan orang kurang upaya(OKU) miskin yang telah dikenalpasti layak menerima bantuan.

Program Kasih Syawal 1438H ini merupakan lanjutan daripada program ‘Imarah Ramadan 1438H’ yang lalu bagi menyatuni golongan yang kurang berkemampuan. Melalui program ini seramai lebih 5,000 orang telah mendapat manfaat daripada program tersebut. Antara lokasi lain yang telah dikunjungi bagi menjayakan kedua-dua program tersebut adalah Kg Jeneri,Sik di Kedah, Kg. Seberang Perak di Teluk Intan Perak, Kg.Pok di Gelang Patah Johor. Selain itu, program ini juga turut memberi manfaat kepada komuniti Rohingya di  Maahad Al Islahiyah Islamiyah Maahtahfizul Quran,Meru, Klang, Selangor serta pelajar-pelajar tahfiz Madrasah NADI di Kg.Lanai Baling Kedah.

 

ikuti lebih banyak foto-foto terkini program kemanusiaan IAM di laman Facebook Islamic Aid Malaysia



Login Form