Friday, December 15, 2017
   
Text Size

PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH 2018

Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan satu program amal komuniti tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah. Program ini memberi tumpuan  kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan anak-anak golongan yang memerlukan di kawasan luar bandar. Melalui program ini, pihak Islamic Aid Malaysia bersama rakan penaja dan penyumbang akan bersama-sama membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2018. Penyediaan kelengkapan persekolahan ini merangkumi uniform sekolah, kasut, stokin, beg sekolah dan juga alat tulis. Program ini akan dilaksanakan oleh para sukarelawan dan juga rakan kerjasama Islamic Aid Malaysia.

Objektif utama program ini adalah bagi mengurangkan beban golongan memerlukan dalam membuat persediaan untuk membolehkan anak-anak mereka meneruskan sesi persekolahan 2018 dengan unifom serta kelengkapan persekolahan yang mencukupi. Program ini merupakan antara program kemanusiaan yang diadakan setiap tahun bagi membantu meringankan beban keluarga miskin yang mempunyai tanggungan yang ramai serta kurang berkemampuan untuk menyediakan uniform dan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka.

Perlaksanaan program ‘Kembali Ke Sekolah 2018’ pada tahun ini pula akan dilaksanakan secara berperingkat melalui beberapa fasa dan akan berlangsung di sepanjang cuti persekolahan sebelum bermulanya penggal pertama persekolahan pada tahun 2018.

Sebanyak 8 siri penjelajahan akan dilaksanakan secara berperingkat di Negeri Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Johor. Untuk tahun ini, dianggarkan seramai lebih 1,600 pelajar akan terlibat.

 

Pakej Amal Bantuan Sekolah untuk seorang kanak-kanak:

• Uniform SekolahPelajar Lelaki (Baju & Seluar)
• Pelajar Perempuan (Baju, Kain & Tudung)
• Kasut Sekolah
• Stokin

• Beg Sekolah & Alat Tulis


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Farouq Zauji di talian 019-3973558


Bagi sumbangan, sila klik disini

Login Form