Sunday, December 16, 2018
   
Text Size

Jeti Uzur Berwajah Baru

 

Penantian seramai lebih 50 nelayan dari Kg. Sg. Cengkih, Kukup, Johor, kini berakhir apabila jeti uzur yang mereka gunakan kini telah telah siap dibaikpulih mengikut masa yang ditetapkan. Projek komuniti ini merupakan projek kerjasama kemanusiaan anjuran bersama Etiqa dan Islamic Aid Malaysia.

Projek komuniti ini mendapat pembiayaan penuh dari Etiqa Takaful Berhad sebagai salah satu usaha memenuhi tanggungjawab sosial badan korporat itu. Projek ini juga dijalankan sebagi salah satu usaha meringankan beban golongan nelayan tempatan di dalam urusan harian mereka mencari rezeki dengan menangkap ikan.

Selama lebih 20 tahun, golongan nelayan dikampung ini sering merasa bimbang dan runsing berikutan keadaan jeti yang digunakan untuk ke laut begitu uzur seakan hanya menunggu masa untuk roboh. Keadaan kayunya yang telah lama dan reput akibat terdedah kepada hujan dan panas akibat keadaanya yang tidak berbumbung, telah mengundang bahaya kepada nelayan tempatan ketika memunggah hasil tangkapan mereka dari laut di jeti ini. Terdapat juga beberapa bahagian yang sudah berlubang menyebabkan mereka terpaksa lebih berhati-hati. Keadaan juga bertambah buruk ketika air pasang berikutan ketinggian jeti yang agak rendah.

 

gambar jeti yang uzur sebelum projek baikpulih dilaksanakan

 

Melalui projek baik pulih ini, kayu-kayu yang telah reput digantikan dengan kayu serta bahan yang lebih baik. Turut dibina, pondok tempat berehat serta pancang-pancang baru bagi kegunaan para nelayan. Projek baikpulih jeti nelayan ini turut mendapat kerjasama penduduk kampung serta para sukarelawan yang turut sama bergotong royong bagi kerja-kerja pembaikpulih yang telah berlangsung sejak Julai lepas. Aktiviti bersama penduduk kampung juga turut diadakan bagi mengeratkan silaturrahim diantara para sukarelawan, warga Etiqa dan juga penduduk tempatan.

..............

 

Login Form