Sunday, December 16, 2018
   
Text Size

Rayuan Bantuan Mangsa Bencana di Sulawesi

 

Prihatin akan nasib mangsa bencana di Sulawesi, Indonesia, Islamic Aid Malaysia telah melancarkan tabung kemanusiaan gempa bumi Sulawesi bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas teruk akibat gempa bumi yang melanda Palu dan Donggala di Sulawesi Tengah baru-baru ini.

Melalui program ini, pihak Islamic Aid Malaysia akan membekalkan pek-pek berupa makanan keperluan asas harian yang dikenali sebagai ‘SEMBAKO’ seperti beras, minyak masak, gula, tepung, mee segera, sardin, biskut, susu dan lain-lain. Selain daripada itu, pihak Islamic Aid Malaysia juga akan membekalkan “hygiene pack” serta barangan lain seperti tuala mandi, cadar berserta alas tidur bertujuan meringankan beban mangsa bencana ketika berada di pusat perpindahan sementara atau di kawasan atau di rumah-rumah yang telah terputus hubungan.

Bantuan akan disalurkan secara terus oleh rakan sukarelawan Islamic Aid Malaysia di Indonesia mengikut lokasi yang akan ditetapkan. Misi ini mempunyai objektif untuk  membantu mangsa bencana yang terpaksa berada di pusat pemindahan  untuk tempoh yang lama sementara menunggu keadaan kembali pulih. Lanjutan daripada itu, bagi merealisasikan misi kemanusiaan ini, pihak IAM amat mengalu-alukan sokongan dan bantuan orang ramai dalam menjayakan misi ini.

Keprihatinan dan sokongan anda amat bermakna buat kami.

 

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03 8948 5939 / 019-3973558

Bagi sumbangan secara online sila klik SAYA INGIN MENGHULURKAN SUMBANGAN ( sila pilih kategori Mangsa Bencana Alam)

Login Form