Sunday, December 16, 2018
   
Text Size

Kembara Kemanusiaan IAM ke Palu -Siri 1

 

Prihatin dengan nasib mangsa-mangsa bencana gempa bumi yang melanda bumi Palu Sulawesi baru-baru ini, pihak IAM telah merangka misi kemanusiaan bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana. Program kembara ini diadakan bagi memenuhi tanggungjawab sosial serta demi silaturahim serta hubungan persaudaraan dengan negara jiran.

Melalui program ini, pihak IAM telah berjaya menghulurkan bantuan berbentuk pek makanan asasi serta khemah sebagai perlindungan sementara bagi membolehkan mangsa-mangsa berteduh dari panas dan hujan. Setiap pek makanan mengandungi makanan asasi seperti beras, tepung, minyak masak serta barangan penjagaan kebersihan diri.

Sumbangan telah berjaya diagihkan ke dua lokasi berbeza iaitu Desa Tanjung Padang dan Desa Tompe yang terletak di Kecamanta Sirenja, Kabupaten Donggala. Sepanjang perjalanan selama 2 jam ke Donggala, pasukan IAM telah melihat sendiri kesan-kesan kemusnahan akibat gempa. Di kawasan yng kami kunjungi, majoriti penduduk bekerja sebagai nelayan dan petani. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, keadaan menjadi bertambah buruk selepas bencana gempa kerana peralatan yang mereka miliki untuk digunakan bagi mencari rezeki kini musnah. Selain dari menghulurkan sumbangan bantuan makanan, kunjungan IAM juga dapat memberikan sokongan moral dan psikologi bagi membantu penduduk disini meneruskan kehidupan. Rata-rata penerima manfaat juga boleh berbahasa Melayu membuatkan komunikasi menjadi mudah.

Kedatangan IAM disambut gembira oleh penduduk. Rata-rata penerima teruja menerima sumbangan serta melahirkan rasa kesyukuran diatas kujungan kembara ini.

 

 

Login Form