PROGRAM ZIARAH QURBAN ANJURAN “ISLAMIC AID MALAYSIA”
Borang Penyertaan Qurban 2025 (1446H)
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika
hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu
akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk,bulu dan kukunya.
Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak disuatu tempat disisi Allah
sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannmya.”
(HR. Ahmad, At Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Tempatan
1 Bahagian RM650.00
Pelaksanaan ibadah Qurban akan dilaksanakan di beberapa lokasi berbeza di
seluruh Malaysia di mana tumpuan utama adalah di kawasan pedalaman dan jauh
dari pusat bandar. Pengagihan daging Qurban akan dilaksanakan secara sistematik
kepada penerima manfaat yang telah di kenal pasti oleh pihak IAM. Mereka adalah
terdiri daripada golongan fakir miskin, anak-anak yatim miskin, ibu tunggal miskin,
warga emas miskin dan juga warga Orang Kurang Upaya miskin.
Pelaksanaan ibadah Qurban di negara Sri Lanka akan turut dijalankan oleh pihak
Islamic Aid Malaysia (IAM). Bagi tahun 2025, pelaksanaan ibadah Qurban di Sri
Lanka akan diadakan di beberapa daerah di kawasan pedalaman di mana
penduduknya beragama Islam. Pelaksanaan Qurban ini akan dilaksanakan oleh
sukarelawan IAM bersama rakan kerjasama di negara tersebut.