Login

Signup

Posted By

Program Kembali Ke Sekolah 2020

November 1, 2019 | 0 Comments
featured-image
Bersama merealisasikan harapan mereka

Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan satu program amal komuniti tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah. Program ini memberi tumpuan  kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan anak-anak golongan yang memerlukan di kawasan luar bandar. Melalui program ini, pihak Islamic Aid Malaysia bersama rakan penaja dan penyumbang akan bersama-sama membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2020. Penyediaan kelengkapan persekolahan ini merangkumi uniform sekolah, kasut, stokin, beg sekolah dan juga alat tulis. Program ini akan dilaksanakan oleh para sukarelawan dan juga rakan kerjasama Islamic Aid Malaysia.

Objektif utama program ini adalah bagi mengurangkan beban kesusahan golongan memerlukan dalam membuat persediaan untuk membolehkan anak-anak mereka meneruskan sesi persekolahan 2020 dengan unifom serta kelengkapan persekolahan yang mencukupi. Program ini memberi fokus kepada keluarga miskin yang mempunyai tanggungan yang ramai serta kurang berkemampuan untuk menyediakan uniform dan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka.

Pelaksanaan program ‘Kembali Ke Sekolah 2020’ pada tahun ini pula akan dilaksanakan secara berperingkat melalui beberapa fasa dan akan berlangsung di sepanjang cuti persekolahan sebelum bermulanya penggal pertama persekolahan pada tahun 2020.

Sebanyak 8 siri penjelajahan akan dilaksanakan secara berperingkat di Negeri Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Wilayah Persekutuan. Untuk tahun ini, dianggarkan seramai lebih 2,000 pelajar akan terlibat.

Pakej Amal Bantuan Sekolah untuk seorang kanak-kanak:

•  Uniform SekolahPelajar Lelaki (Baju & Seluar)
•  Pelajar Perempuan (Baju, Kain & Tudung)
•  Kasut Sekolah
•  Stokin
•  Beg Sekolah & Alat Tulis

Untuk sebarang pertanyaan,

sila hubungi En.Farouq Zauji di talian 019-3973558

Bagi sumbangan, sila klik disini