Prihatin akan nasib golongan yang terkesan akibat CONVID-19, Islamic Aid Malaysia telah melancarkan tabung kemanusiaan CONVID-19 bagi membantu meringankan beban pihak yang terjejas akibat wabak tersebut.
Melalui program ini, pihak Islamic Aid Malaysia akan membekalkan pek-pek berupa makanan keperluan asas harian yang seperti beras, minyak masak, gula, tepung, mee segera, sardin, biskut, susu dan lain-lain. Ia bertujuan meringankan beban kesusahan yang dihadapi oleh golongan tersebut kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Bantuan akan disalurkan secara terus oleh rakan sukarelawan Islamic Aid Malaysia mengikut lokasi yang akan ditetapkan. Misi ini mempunyai objektif untuk membantu golongan yang terkesan mendapatkan bekalan makanan sementara menunggu keadaan kembali pulih. Lanjutan daripada itu, bagi merealisasikan misi kemanusiaan ini, pihak IAM amat mengalu-alukan sokongan dan bantuan orang ramai dalam menjayakan misi ini.
HULURKAN BANTUAN RINGANKAN BEBAN..
Keprihatinan dan sokongan anda amat bermakna buat kami.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03 8948 5939 / 019-3973558
Bagi sumbangan secara online sila klik SAYA INGIN MENGHULURKAN SUMBANGAN ( sila pilih kategori CONVID-19)