Login

Signup

Posted By

Program Jejak Prihatin

January 1, 2019 | 0 Comments

Program ‘ JejakPrihatin ’ merupakan sebuah program amal anjuran Islamic Aid Malaysia yang unik, dimana konsep ziarah telah digunapakai bagi mengurangkan beban golongan yang kurang berkemampuan di Malaysia mahupun diperingkat antarabangsa.

Melalui konsep ziarah, pihak IAM bersama rakan kerjasama akan berkunjung kerumah-rumah penerima manfaat bagi melihat sendiri dan merasai kesusahan serta penderitaan yang mereka hadapi. Lawatan singkat kerumah penerima manfaat melalui program ini, akan memberi peluang kepada Islamic Aid Malaysia untuk mendapatkan maklumat serta mengenalpasti akan keperluan mereka secara terus. Selain daripada itu, program ini akan menjadi titik permulaan bagi pihak IAM untuk membuat penilaian jangka masa panjang bagi mengenalpasti bantuan susulan yang diperlukan. Pengedaran barangan makanan keperluan harian yang mengandungi makanan asas turut dilakukan bagi mengurangkan beban kesengsaraan penerima manfaat tersebut.Program ini juga turut menjadi platform kepada masyarakat Malaysia yang prihatin terutama golongan mudauntuk menjalan kankerja-kerja kesukarelawanan.

Golongan sasaran penerima bantuan program Jejak Prihatin adalah terdiri daripada keluarga fakir dan miskin, anak-anakyatim yang miskin, ibu tunggal miskin, warga orang kurangupaya (OKU) miskin, serta wargaemasmiskin.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Untuk mengenal pasti permasalahan sebenar golongan ini, membantu ,membimbing serta memberi  pendedahan kepada golongan ini untuk berdikari.
  • Sebagai penghubung di antara penderma dan penerima sumbangan melalui kerja-kerja penyaluran bantuan kemanusiaan oleh Islamic Aid Malaysia.
  • Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan mendapatkan sokongan keatas program-program kemanusiaan anjuran Islamic Aid Malaysia di dalam usaha untuk mengurangkan penderitaan di kalangan golongan termiskin di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya.

Lanjutan daripada itu, bagi merealisasikan misi kemanusian dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan, pihak pertubuhan amat mengalu-alukan sokongan dan bantuan orang ramai dalam menjayakan misi ini.

Bagi sumbangan Program JejakPrihatin, sila klik di bawah ini

DONATE