Login

Signup

Posted By

BANTUAN KECEMASAN COVID-19

January 15, 2021 | 0 Comments
featured-image

Susulan penularan wabak Corona Virus Disease 2019 (COVID-19) yang telah diisytiharkan sebagai Pandemic oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Islamic Aid Malaysia (IAM) telah menzahirkan keprihatinan dengan mengadakan program ‘Bantuan Kecemasan Covid-19’ bagi membantu masyarakat di seluruh Malaysia yang terjejas teruk kesan daripada wabak tersebut khususnya dari kalangan asnaf dan golongan miskin.

Projek ini adalah satu inisiatif bantuan kecemasan segera  yang dianjurkan oleh pihak IAM bersama-sama pihak rakan korporat bagi membantu meringankan beban golongan asnaf dan miskin susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Melalui program ini, agihan berupa Pek Makanan yang mengandungi barangan keperluan makanan harian seperti beras, gula, susu, minyak masak, tepung, sardin, dan lain-lain termasuk topeng penutup muka dan bahan cecair pencuci (liquid sanitizer) juga turut diagihkan bagi mengurangkan beban kesusahan yang mereka hadapi, agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup disepanjang tempoh PKPB berkuatkuasa.

Pelaksanaan projek ini memberi fokus kepada golongan yang kurang berkemampuan khususnya dari kalangan asnaf serta golongan miskin yang bekerja sendiri dan yang terjejas teruk akibat kehilangan punca pendapatan sewaktu tempoh PKPB berkuat kuasa khususnya kepada penduduk di kawasan pedalaman. Bantuan telah disalurkan secara terus oleh rakan sukarelawan Islamic Aid Malaysia (IAM) mengikut lokasi yang telah ditetapkan. Bagi mengurangkan risiko penularan wabak dikalangan kakitangan serta sukarelawan yang terlibat, pihak IAM akan mengambil langkah-langkah keselamatan termasuk menghadkan pergerakan, menyediakan hand sanitizer dan proses sanitasi secukupnya bagi tujuan mengelak penularan wabak Covid-19. 

Antara Bantuan Kecemasan Covid-19 yang telah dilaksanakan:

https://www.facebook.com/241634649224636/posts/3353599891361414/?d=n

https://www.facebook.com/241634649224636/posts/3444054562315946/?d=n

https://www.facebook.com/241634649224636/posts/3456333121088090/?d=n


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Farouq Zauji di talian 019-3973558