Login

Signup

Posted By

PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH 2021

January 17, 2021 | 0 Comments
featured-image

Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan satu program amal komuniti tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah. Program ini memberi tumpuan  kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan anak-anak golongan yang memerlukan di kawasan luar bandar. Melalui program ini, pihak Islamic Aid Malaysia bersama rakan penaja dan penyumbang akan bersama-sama membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2021. Penyediaan kelengkapan persekolahan ini merangkumi uniform sekolah, kasut, stokin, beg sekolah dan juga alat tulis. Program ini akan dilaksanakan oleh para sukarelawan dan juga rakan kerjasama Islamic Aid Malaysia.

Objektif utama program ini adalah bagi mengurangkan beban kesusahan golongan memerlukan dalam membuat persediaan untuk membolehkan anak-anak mereka meneruskan sesi persekolahan 2021 dengan unifom serta kelengkapan persekolahan yang mencukupi. Program ini memberi fokus kepada keluarga miskin yang mempunyai tanggungan yang ramai serta kurang berkemampuan untuk menyediakan uniform dan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka.

Program ‘Kembali Ke Sekolah 2021’ ini memberi manfaat kepada lebih 1,600 orang pelajar peringkat sekolah rendah daripada 32 buah sekolah di seluruh Malaysia dalam membuat persediaan untuk memasuki sesi persekolahan 2021.  Melalui program ini, sebanyak 8 siri penjelajahan peringkat Malaysia telah dilaksanakan bermula pada hujung November yang lalu sehingga Januari 2021.  Ia melibatkan kunjungan ke negeri Kedah, Perak, Johor, Selangor, Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak. Program ini juga turut dilaksanakan di Indonesia bagi membantu anak-anak yang kurang berkemampuan.

Pada tahun ini, pelaksanaan program adalah berbeza berbanding tahun sebelumnya, dimana ukuran saiz baju pelajar diambil terlebih dahulu bagi memudahkan pengagihan dibuat.  Kaedah ini dilaksanakan atas nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengurangkan sentuhan di antara pelajar dan pihak lain khususnya kakitangan yang hadir dari luar daerah atau negeri lain.

Kehadiran pelajar ke sekolah untuk tujuan tersebut juga dibuat secara berperingkat dan setiap pelajar diberikan pek uniform sekolah yang tertera dengan nama masing-masing pada pek tersebut.  Usaha ini turut dibantu oleh rakan-rakan sukarelawan Islamic Aid Malaysia serta dibantu oleh guru-guru sekolah terbabit.

Antara Program Kembali Ke Sekolah 2021 yang telah dilaksanakan:

https://www.facebook.com/241634649224636/posts/3439037819484287/?d=n

https://www.facebook.com/241634649224636/posts/3378377358883667/?d=n

https://www.facebook.com/241634649224636/posts/3394928293895240/?d=n

https://www.facebook.com/241634649224636/posts/3397391523648917/?d=n

https://www.facebook.com/241634649224636/posts/3431843440203725/?d=n

https://www.facebook.com/241634649224636/posts/3449392295115506/?d=n

https://www.facebook.com/241634649224636/posts/3527429707311764/?d=n