Prihatin terhadap berbagai kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia pada ketika ini, Islamic Aid Malaysia (IAM) melalui rakan kerjasama kami Shopee, kini mengadakan kolaborasi terbaru dibawah program ‘#SHOPEEGIVESBACK’.
Program #SHOPEEGIVESBACK ini diadakan sempena meraikan ulangtahun pertama program amal SHOPEE meraikan komuniti yang kurang bernasib baik di luar bandar.
Kolaborasi ini diadakan bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi warga net khususnya para pelanggan Shopee untuk sama-sama menyumbang bagi membantu mereka yang memerlukan. Melalui kempen ini diharapkan dapat membuka lebih ruang serta kemudahan bagi orang ramai yang ingin menderma serta membantu mereka yang memerlukan.
Hasil kutipan dana melalui program ini akan disalurkan ke mereka yang memerlukan diluar bandar bagi membantu meringankan beban serta menaikkan taraf hidup di masa yang begitu mencabar ini.
Bagi mereka yang ingin menyumbang #SHOPEEGIVESBACK sila klik disini