 
							
				
				
				
Hampir 10,000 kanak-kanak telah terkorban dan mengalami kecacatan sejak tercetusnya konflik dan krisis kemanusiaan di Yaman yang telah berlarutan sejak sekian lama. Tahun 2015 telah menyaksikan lebih ramai anak-anak kehilangan ibu bapa dan hilang tempat tinggal apabila tercetusnya konflik yang lebih dahsyat, di mana telah dilaporkan bahawa 400,000 kanak-kanak di Yaman menderita kekurangan zat makanan dan hampir 2 juta kanak-kanak tidak bersekolah.
Prihatin dengan keadaan ini, Azyma Care & KSR VBG (Kelab Sukan & Rekreasi Veteran Bos Gaurus) telah mengambil inisiatif dengan membiayai keperluan makanan asas harian anak-anak yatim tersebut melalui program Yaman Fund. Azyma Care & KSR VBG ini telah aktif menjalankan usaha-usaha kebajikan sejak dari tahun 2016 lagi.
Bagi menyokong usaha kemanusiaan dan kebajikan yang dianjurkan melalui program Yaman Fund ini, Islamic Aid Malaysia (IAM) turut prihatin dengan membuka peluang kepada penderma budiman untuk sama-sama berkongsi ganjaran pahala dengan menghulurkan sumbangan bagi membiayai usaha-usaha kemanusiaan dan kebajikan di Yaman.
Selain usaha-usaha kebajikan di Yaman, Azyma Care & KSR VBG (Kelab Sukan & Rekreasi Veteran Bos Gaurus) sering mengadakan aktiviti-aktiviti dan program berlandaskan sukan dan rekreasi bagi meraih dana untuk disumbangkan kepada rumah anak yatim Sentuhan Budi di Selangor di mana seramai 20 orang anak-anak yatim dan Asnaf di tempatkan di sini.


Segala bentuk sumbangan akan diuruskan oleh pihak Islamic Aid Malaysia (IAM). Untuk turut sama menyumbang program Yaman Fund & Rumah Sentuhan Budi ini, sila klik Donate.