Login

Signup

Posted By

IMARAH RAMADAN 1443H/2022

March 29, 2022 | 0 Comments
featured-image

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa  memberi makanan kepada  orang-orang yang berpuasa, agar orang-orang   berpuasa itu dapat berbuka puasa, nescaya  ia mendapat pahala senilai pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun

(HR. Ahmad, At Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini, pihak Islamic Aid Malaysia(IAM) akan menganjurkan program ‘Imarah Ramadan 1443H/2022’.

Memasuki tahun ke-sepuluh penganjurannya, program ‘Imarah Ramadan 1443H’  diteruskan lagi untuk tahun ini bagi memenuhi tanggungjawab sosial dalam membantu golongan yang memerlukan di peringkat tempatan iaitu di Malaysia dan juga peringkat luar Negara (Indonesia, Thailand, Bangladesh  & Sri Lanka).

Program yang bertemakan ’Bantulah Mereka Berpuasa’  ini merupakan program amal tahunan IAM bagi membantu golongan yang memerlukan iaitu golongan fakir miskin, anak-anak yatim miskin, ibu tunggal miskin, warga emas miskin dan juga warga Orang Kurang Upaya miskin. Pada tahun ini, pemberian sumbangan juga akan diberikan kepada golongan fakir miskin yang terkesan akibat ‘Pandemik Covid-19’ yang rata-rata hilang punca pendapatan. Antara program yang terlibat adalah bantuan pek makanan, jamuan IFTAR dan Sahur.  Melalui kempen ini, orang ramai boleh menyumbang sebanyak RM70 bagi satu pek lengkap makanan keperluan harian untuk sebuah keluarga. Pek barangan tersebut yang mengandungi makanan keperluan harian asas seperti beras, gula, garam, susu, tepung, minyak masak, sardin, kurma dan lain-lain ini diharapkan akan dapat membantu meringankan beban keluarga tersebut selama dua hingga tiga minggu.

Sumbangan anda sangat kami alu-alukan…

Dengan hanya RM 70 anda boleh turut sama menyumbang  satu pek makanan asas harian bagi meringankan beban mereka semua. Bersamalah kita berkongsi keceriaan bersama mereka-mereka yang memerlukan ….Bantulah Mereka Berpuasa…. Kami juga menerima sumbangan seikhlas hati bagi program Iftar serta  Sahur.

Bagi pilihan segmen sumbangan Imarah Ramadan, Program Iftar, mahupun program Sahur, harap dapat maklumkan kepada kami di ruangan memo di borang sumbangan. Tuan/Puan juga boleh maklumkan kepada kami secara email atau hubungi kami di talian seperti tercatat di bahagian bawah. Pihak kami akan menyalurkan sumbangan Tuan/Puan mengikut segmen sumbangan yang telah dipilih.

Sumbangan boleh dilakukan melalui cara-cara seperti di bawah:

a.    Bagi sumbangan secara online sila klik di sini

      (sila klik kategori , bagi pembayaran secara ONLINE : Kategori – Derma Ramadhan)

b.   Pembayaran di ATM / Kaunter Bank/ Maybank2u/ CIMBclick  melalui akaun

’Islamic Aid Malaysia / Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia ’- MBB ( 5640 7000 2424) /   CIMB ( 8600872578)

c.    Melalui cek atas nama Islamic Aid Association Malaysia/Pertubuhan Bantuan Islam        

       Malaysia

(Sila wassupkan borang sumbangan serta slip pembayaran ke nombor talian: 019-3973558 atau email ke admin@iam.org.my )

Sumbangan secara terus boleh dibuat di pejabat Islamic Aid Malaysia beralamat di :C-1-56A, Jalan SP5/4, Seksyen 5, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Farouq Zauji di talian 019-3973558 / 03-89574136