Login

Signup

Posted By

Ramadan Bersama #ShopeeGivesBack & Shopee Supermarket.

March 29, 2022 | 0 Comments
featured-image

Sempena kehadiran bulan Ramadan yang pernuh berkah ini, Islamic Aid Malaysia (IAM) dan rakan kerjasama Shopee kembali berkolaborasi melalui kempen Ramadan Bersama #ShopeeGivesBack & Shopee Supermarket.

Prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan, kempen ini diadakan bagi membantu mereka yang memerlukan serta kumpulan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di sepanjang bulan Ramadan ini.

Melalui kempen ini, orang ramai, khususnya para pelanggan Shopee berpeluang menghulurkan sumbangan dengan dengan menderma seikhlas hati dari nilai serendah RM1. Sumbangan boleh dibuat secara online di laman sesawang Shopee. Setiap ringgit yang disumbangkan adalah begitu bermakna, terutama bagi mereka yang menerima manfaat dari kempen ini.

Hasil kutipan dana dari kempen ini akan disalurkan kepada kumpulan yang memerlukan serta kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Pengagihan sumbangan akan berlangsung di sepanjang bulan Ramadan dan Syawal, di lokasi-lokasi terpilih mengikut jadual yang ditetapkan.

Diharap dengan kerjasama kemanusiaan  #ShopeeGivesBack dan #SGBxShopeeSupermarket ini, dapat menyediakan ruang bagi penderma yang prihatin untuk sama-sama membantu meringankan kesusahan yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan disepanjang Ramadan ini.