“BERKORBANLAH KE ARAH KEBAJIKAN"
“BERKORBAN KE ARAH KEBAJIKAN”
Pada tahun ini, pelaksanaan ibadah Qurban masih lagi diteruskan bagi membantu
golongan yang kurang berkemampuan serta memudahkan masyarakat Malaysia
dalam menunaikan amalan ibadah Qurban.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya
Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang
pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk,bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya
darah haiwan korban telah terletak disuatu tempat disisi Allah sebelum mengalir di tanah.
Kerana itu, bahagiakan dirimu denganya.”
(HR. Ahmad, At Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Bersempena dengan kehadiran Eidul-Adha atau Hari Raya Qurban, Islamic Aid
Malaysia (IAM) mengalu-alukan penyertaan orang ramai bagi menjalankan ibadah
qurban melalui program“ KASIH QURBAN 1446H/2025”. Bertemakan „Berkorban Ke
Arah Kebajikan‟, program “KASIH QURBAN 1446H/2025” ini telah dilancarkan bagi
menghubungkan masyarakat Malaysia yang prihatin dengan golongan yang
memerlukan melalui ibadah Qurban. Bagi tahun ini, program “KASIH QURBAN
1446H/2025″ telah dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu :
1) Ziarah Qurban di peringkat tempatan. (MALAYSIA)
Pelaksanaan ibadah Qurban akan dilaksanakan di beberapa lokasi berbeza di
seluruh Malaysia di mana tumpuan utama adalah di kawasan pendalaman dan jauh
dari pusat bandar. Pengagihan daging Qurban akan dilaksanakan secara sistematik
kepada penerima manfaat yang telah di kenal pasti oleh pihak IAM. Mereka adalah
terdiri daripada golongan fakir miskin, anak-anak yatim miskin, ibu tunggal miskin,
warga emas miskin dan juga warga Orang Kurang Upaya miskin.
2) Ziarah Qurban di negara SRI LANKA
Pelaksanaan ibadah Qurban di negara Sri Lanka akan turut dijalankan oleh pihak
Islamic Aid Malaysia (IAM). Bagi tahun 2025, pelaksanaan ibadah Qurban di Sri
Lanka akan diadakan di beberapa daerah di kawasan pedalaman di mana
penduduknya beragama Islam. Pelaksanaan Qurban ini akan dilaksanakan oleh
sukarelawan IAM bersama rakan kerjasama di negara tersebut.
Sinarilah Eidul Adha anda dengan menyertai ibadah qurban ini.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi
En.Farouq Zauji di talian 019-3973558/03-89574136.
BAGI PENYERTAAN QURBAN :
Sila isikan maklumat tempahan anda pada borang yang telah dimuat turun mengikut
kategori Qurban pilihan anda :
Bagi memuat turun Borang Penyertaan Qurban di peringkat tempatan [Malaysia], sila klik di sini >
Bagi memuat turun Borang Penyertaan Qurban di negara Sri Lanka, sila klik di sini>
Bagi sedekah Qurban, sila klik di sini
Pembayaran boleh dibuat melalui kaedah berikut:-
Secara ONLINE sila klik di sini ( sila pilih kategori ‟Product Description‟ : QURBAN )
ATAU
Pembayaran di ATM / Kaunter Bank/ Maybank2u/ CIMBclick melalui akaun ‟Islamic Aid
Association Malaysia ‟- MBB (5640 7000 2424) / CIMB ( 8600872578)
ATAU
Melalui cek atas nama ‟ Islamic Aid Association Malaysia’
(Sila fakskan borang tempahan serta slip pembayaran ke no faks: 03-89485939 atau email
ke admin@iam.org.my )
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi En.Farouq Zauji di talian
019-3973558/03-89574136
Sesungguhnya..tumbuhnya amal kebajikan yang subur bermula dari benih Qurban yang ikhlas..