Login

Signup

Posted By

PROGRAM BEKALAN AIR BERSIH

March 17, 2026 | 0 Comments
featured-image

‘Setiap Titisan Air, Satu Harapan’

  1. PROJEK WATER FILTER/PENAPIS AIR

Program amal ini merupakan salah satu daripada inisiatif kemanusiaan peringkat tempatan dan antarabangsa anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM) di bawah kategori Program Komuniti Setempat. Program ini bertujuan menyalurkan bekalan air bersih kepada golongan sasar yang telah dikenalpasti, dengan fokus kepada rumah-rumah kebajikan, pusat-pusat tahfiz, sekolah-sekolah agama dan pusat komuniti yang memerlukan. Melalui program ini, pihak IAM bersama rakan kerjasama akan memasang water filter / penapis air di lokasi penerima manfaat. Setiap penerima juga akan diberi taklimat ringkas mengenai cara penyelenggaraan peralatan tersebut supaya penapis air dapat digunakan dengan baik dan berterusan bagi kegunaan penghuni rumah atau komuniti setempat.

Program ini dijayakan oleh para sukarelawan dan rakan kerjasama pertubuhan, yang komited untuk memastikan setiap rumah kebajikan, pusat tahfiz dan sekolah yang terlibat menerima air bersih berkualiti. Bantuan water filter ini diharap dapat meningkatkan kualiti hidup, kesihatan dan kebersihan bagi penghuni, terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar yang akses kepada air bersih masih terhad.Pelaksanaan projek ini membolehkan lebih ramai komuniti yang memerlukan menikmati bekalan air bersih, sekali gus membantu membina kehidupan yang lebih sihat dan selesa.

  • PROGRAM AIR BERSIH

Program air bersih adalah inisiatif kemanusiaan di bawah projek bekalan air bersih berskala besar, yang bertujuan membantu komuniti menghadapi masalah bekalan air yang kerap terputus, terutama semasa musim kemarau panjang. Masalah ini menjadi isu tahunan bagi penduduk setempat, kerana bekalan air dari tandak/water catchment sungai berdekatan juga kering.

Lokasi projek dipilih dengan teliti oleh pihak IAM berdasarkan kriteria tertentu untuk memastikan keberkesanan dan manfaat maksimum kepada komuniti. Pelaksanaan projek dijalankan secara gotong-royong, melibatkan penduduk kampung, sukarelawan IAM, dan rakan korporat. Aktiviti utama termasuk pembinaan tandak air (water catchment), penyambungan paip dari tandak ke rumah penduduk, pemasangan tangki air berskala besar, dan sistem penapisan moden bagi memastikan air yang diterima bersih dan selamat untuk digunakan.Walaupun projek ini memerlukan tempoh masa yang panjang untuk disiapkan sepenuhnya, impaknya jauh lebih besar daripada sekadar menyediakan bekalan air. Projek ini membantu komuniti memperoleh akses air bersih berterusan, meningkatkan kesejahteraan penduduk, serta menguatkan semangat kerjasama dan penyertaan komuniti. Lebih daripada itu, ia membina asas bagi masa depan yang lebih lestari dan berdikari bagi komuniti setempat.