Login

Signup

Posted By

PROGRAM KASIH QURBAN

March 17, 2026 | 0 Comments
featured-image
“Berkorban ke Arah Kebajikan”

Memasuki bulan Zulhijjah, bulan pelaksanaan ibadah Qurban setiap tahun, pihak IAM akan turut serta dengan melancarkan program ‘Kasih Qurban’. Program Qurban merupakan salah satu program bermusim utama IAM dalam usaha-usaha kemanusiaan, yang dijalankan sempena sambutan Hari Raya Qurban. Program ini memberi peluang kepada masyarakat Malaysia untuk menunaikan ibadah Qurban, termasuk di luar negara, sambil menyantuni golongan yang memerlukan.

Melalui program ini, pihak IAM akan melakukan penyembelihan lembu Qurban mengikut lokasi yang dikenalpasti berdasarkan keperluan masyarakat setempat. Lokasi dipilih terutamanya berdasarkan jumlah golongan fakir miskin dan keperluan komuniti. Daging Qurban yang diperoleh akan diagihkan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya, dan penerima lain yang layak, menurut kriteria yang ditetapkan oleh IAM. Dengan inisiatif ini, keberkatan ibadah Qurban dapat dikongsi secara adil dan tepat kepada mereka yang benar-benar memerlukan, sekaligus menyalurkan kasih sayang dan bantuan kepada komuniti yang kurang bernasib baik.