Login

Signup

Posted By

PROGRAM JEJAK PRIHATIN

March 17, 2026 | 0 Comments
featured-image
“Menyantuni Dengan Hati, Membantu Dengan Tindakan.”

Program ‘Jejak Prihatin’ merupakan inisiatif peringkat tempatan dan antarabangsa dalam menyantuni komuniti, anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM). Program ini mengetengahkan konsep ziarah sebagai pendekatan utama bagi mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan. Penerima sumbangan terdiri daripada golongan asnaf serta keluarga fakir dan miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan individu lain yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Melalui pendekatan ziarah dan turun padang, pihak pertubuhan bersama rakan kerjasama berkunjung ke lokasi program serta kediaman penerima manfaat untuk melihat sendiri keadaan sebenar dalam memahami keperluan mereka secara lebih dekat. Pendekatan ini bukan sahaja memastikan bantuan disalurkan secara tepat dan berkesan, malah turut memberi sokongan moral kepada keluarga yang diziarahi.

Antara bentuk bantuan yang diberikan termasuk pengagihan pek makanan keperluan asas seperti beras, gula, garam, susu, sardin, biskut, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi. Pek bantuan ini dianggarkan dapat membantu meringankan beban penerima untuk tempoh dua hingga tiga minggu.

Program ini diharap dapat terus menjadi medium dalam memperkukuh semangat keprihatinan masyarakat serta menyumbang ke arah kesejahteraan komuniti yang lebih mampan dan sejahtera.