Login

Signup

Posted By

PROGRAM KASIH QURBAN 1447H/2026

April 23, 2026 | 0 Comments
featured-image

“BERKORBAN KE ARAH KEBAJIKAN”

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.”

(HR. Ahmad, At Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Bersempena dengan kehadiran Eidul-Adha atau Hari Raya Qurban, Islamic Aid Malaysia (IAM) mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk bersama-sama menunaikan ibadah Qurban melalui program “KASIH QURBAN 1447H/2026”.

Bertemakan “Berkorban Ke Arah Kebajikan”, program ini dilancarkan sebagai satu inisiatif bagi menghubungkan masyarakat Malaysia yang prihatin dengan golongan yang memerlukan, sekali gus menyemai nilai kasih sayang dan keikhlasan melalui ibadah Qurban.

Bagi tahun ini, program “KASIH QURBAN 1447H/2026” telah dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu :

1) Ziarah Qurban di peringkat tempatan. (MALAYSIA)

Pelaksanaan ibadah Qurban akan dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih di seluruh Malaysia di mana tumpuan utama adalah di kawasan pendalaman dan jauh dari pusat bandar. Pengagihan daging Qurban akan dilaksanakan secara sistematik kepada penerima manfaat yang telah di kenal pasti oleh pihak IAM. Mereka adalah terdiri daripada golongan fakir miskin, anak-anak yatim miskin, ibu tunggal miskin, warga emas miskin dan juga warga Orang Kurang Upaya miskin.

Di sebalik setiap agihan, terselit senyuman.

Di sebalik setiap pengorbanan, lahirnya harapan.

ZIARAH QURBAN : MALAYSIA
RM650 / BAHAGIAN LEMBU
RM4,550 / SEEKOR LEMBU
RM900 / SEEKOR KAMBING

2) Ziarah Qurban di negara SRI LANKA

Pelaksanaan ibadah Qurban turut diperluaskan ke peringkat antarabangsa, termasuk di negara Sri Lanka. Bagi tahun ini, pelaksanaan ibadah Qurban akan dijalankan di beberapa kawasan pedalaman yang dihuni oleh komuniti Muslim, antaranya di Kinniya dan Trincomalee—lokasi yang masih berdepan dengan cabaran kehidupan dan serba kekurangan. Pelaksanaan Qurban ini akan dilaksanakan oleh sukarelawan IAM bersama rakan kerjasama di negara tersebut.

Dari Malaysia ke Sri Lanka.

Kasih Korban Tanpa Sempadan.

ZIARAH QURBAN : SRI LANKA
RM400 / BAHAGIAN LEMBU
RM2,800 / SEEKOR LEMBU

3) Ziarah Qurban di negara INDONESIA

Pada tahun ini, Islamic Aid Malaysia turut melaksanakan ibadah Qurban di Indonesia sebagai usaha menyantuni komuniti Islam di negara jiran yang serumpun. Pelaksanaan program ini akan dijalankan di Pulau Madura, Jawa Timur, Indonesia yang terkenal dengan komuniti Muslim yang kuat serta semangat kebersamaan yang tinggi. Inisiatif ini bukan sekadar ibadah Qurban, tetapi juga simbol ukhuwah dan solidariti sesama umat Islam merentasi sempadan negara, demi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Serumpun Disantuni, Hati Didekati

Ikhlas Berkorban Ukhwah Terjalin

ZIARAH QURBAN : INDONESIA
RM550 / BAHAGIAN LEMBU
RM3,850 / SEEKOR LEMBU

Sinarilah Eidul Adha anda dengan menyertai ibadah qurban ini.

Untuk sebarang pertanyaan  dan maklumat lanjut, sila hubungi En.Farouq Zauji di talian 019-3973558. 

BAGI PENYERTAAN QURBAN

Sila isikan maklumat tempahan anda pada borang yang telah dimuat turun mengikut kategori Qurban pilihan anda:

KAEDAH PEMBAYARAN
1. Pembayaran Online

Sila klik di sini dan pilih kategori “Product Description: QURBAN”.


2. ATM / Bank / Online Banking

Pembayaran boleh dibuat ke akaun berikut:

  • Maybank (MBB): 5640 7000 2424
  • CIMB: 8600872578
  • Nama Akaun: Islamic Aid Association Malaysia

3. Pembayaran Melalui Cek

Cek atas nama Islamic Aid Association Malaysia.


Penghantaran Dokumen

Sila hantarkan borang tempahan serta slip pembayaran ke:

  • Email: admin@iam.org.my
  • WhatsApp: 019-3973558

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Hubungi En. Farouq Zauji di talian 019-3973558
atau layari laman web: www.iam.org.my

“Sesungguhnya.. tumbuhnya amal kebajikan yang subur bermula dari benih Qurban yang ikhlas..”