Login

Signup

Posted By

Bantuan Baikpulih Rumah Beri Harapan Baru

December 19, 2019 | 0 Comments
featured-image

Atas keperihatinan terhadap golongan yang memerlukan, pihak IAM dan Etiqa Takaful sekali lagi tampil membantu melalui program pembaikan rumah kediaman. Program ini dinamakan ‘Program Baikpulih Rumah’ ini diadakan bagi membantu golongan yang dihimpit kemiskinan memiliki kediaman yang lebih sempurna melalui pembaikpulih kediamanan mereka yang uzur serta serba kekurangan. Kunjungan IAM dan Etiqa ke negeri Kelantan baru-baru ini telah memberi sinar harapan baru bagi penerima sumbangan ini.

Melalui projek ini, sebuah rumah baru telah dibina di Kg. Kuang, Alor Pasir, Tanah Merah manakala 3 buah rumah lagi telah dibaikpulih di Kg. Gual Tualang, Lubuk Setol, Rantau Panjang, Kg Tempoyak dan Kampung Jelawat di Bachok, Kelantan. Projek membaikpulih rumah-rumah kediaman warga miskin dan warga OKU ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh dua bulan. Projek ini mensasarkan rumah kediaman yang dimiliki sendiri oleh warga miskin dimana keadaanya sangat daif, banyak kerosakan serta terlalu uzur untuk didiami. Melalui kunjungan ini, pemilik rumah tersebut turut menerima bantuan pek makanan asas harian.

Kunjungan IAM dan Etiqa Takaful baru-baru ini turut memberi manfaat kepada komuniti setempat dimana sebnyak 16 unit ‘outdoor master filter’ telah diagihkan kepada beberapa madrasah, pusat tahfiz, masjid dan rumah kebajikan di sekitar Tanah Merah. Pengagihan ini diadakan sebagai perlaksanaan program ‘Bekalan Air Bersih ‘ bagi memberi manfaat kepada penduduk tempatan.

Leave a Comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *