Login

Signup

Posted By

PROGRAM KASIH QURBAN 1441H/2020

June 15, 2020 | 0 Comments
featured-image

“BERKORBANLAH KE ARAH KEBAJIKAN”

Pada tahun ini,dalam menghadapi dugaan Covid-19, pelaksanaan ibadah Qurban masih lagi diteruskan dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan serta memudahkan masyarakat menunaikan amalan ibadah Qurban.

Rasulullah SAW bersabda:

Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk,bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak disuatu tempat disisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu denganya.”

(HR. Ahmad, At Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Bersempena dengan kehadiran Eidul-Adha atau Hari Raya Qurban, Islamic Aid Malaysia (IAM) mengalu-alukan penyertaan orang ramai bagi menjalankan ibadah qurban melalui program“ KASIH QURBAN 1441H/2020”. Bertemakan ‘Qurban Ke Arah Kebajikan’, program “KASIH QURBAN 1441H/2020” ini telah dilancarkan bagi menghubungkan masyarakat Malaysia yang prihatin dengan golongan yang memerlukan melalui ibadah Qurban. Bagi tahun ini, program “KASIH QURBAN 1441H/2020” telah dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu :

1) Ziarah Qurban di peringkat tempatan. (MALAYSIA)

Pelaksanaan ibadah Qurban akan dilaksanakan di beberapa lokasi berbeza di seluruh Malaysia di mana tumpuan utama adalah di kawasan pendalaman dan jauh dari pusat bandar. Pengagihan daging Qurban akan dilaksanakan secara sistematik kepada penerima manfaat yang telah di kenal pasti oleh pertubuhan. Mereka adalah terdiri daripada golongan fakir miskin, anak-anak yatim miskin, ibu tunggal miskin, warga emas miskin dan juga warga Orang Kurang Upaya miskin.

Kos Qurban bagi peringkat tempatan pula adalah RM600  bagi satu bahagian lembu, RM4,200 bagi seekor lembu dan RM 850 bagi seekor kambing.

2) Ziarah Qurban di negara SRI LANKA

Pelaksanaan ibadah Qurban di negara Sri Lanka akan turut dijalankan oleh pihak Islamic Aid Malaysia (IAM). Bagi tahun 2020, pelaksanaan ibadah Qurban di Sri Lanka akan diadakan di beberapa daerah di kawasan pendalaman dimana penduduknya beragama Islam iaitu di Kinniya serta Trincomalee. IAM akan melaksanakan ibadah korban di negara SRI LANKA  dengan kos RM280 bagi satu bahagian lembu/kerbau, RM1,960 bagi seekor lembu/kerbau dan RM750 bagi seekor kambing. Pelaksanaan Qurban ini akan dilaksanakan oleh sukarelawan IAM bersama rakan kerjasama di negara tersebut.

 3) Qurban di peringkat antarabangsa

Perlaksanaan ibadah Qurban bagi peringkat antarabangsa pula dilakukan dengan usahasama bersama Muslim Aid International. Antara negara-negara yang terlibat adalah Syria, Palestine, Syria, Jordan, Lebanin, Ghana, Somalia, Uganda, Bangladesh, India, Pakistan, Cambodia, Indonesia, Mynmar, dan Vietnam dengan kos RM480 bagi satu bahagian lembu.

Sinarilah Eidul Adha anda dengan menyertai ibadah qurban ini.

Untuk sebarang pertanyaan  dan maklumat lanjut, sila hubungi En.Farouq Zauji di talian 019-3973558/03-89574136. 

BAGI PENYERTAAN QURBAN :

Sila isikan maklumat tempahan anda pada borang yang telah dimuat turun mengikut kategori Qurban pilihan anda :

Borang Penyertaan Online, sila klik di sini > 

Bagi memuat turun Borang Penyertaan Qurban di peringkat tempatan, sila klik di sini > 

Bagi memuat turun Borang Penyertaan Qurban di negara Sri Lanka,  sila klik di sini > 

Bagi memuat turun Borang Penyertaan Qurban di peringkat antarabangsa,  sila klik di sini > 

Bagi sedekah Qurban, sila klik di sini

______________________________________________________________

Pembayaran boleh dibuat melalui kaedah berikut:-

Secara ONLINE sila klik di sini( sila pilih kategori ’Product Description’ :  QURBAN )

ATAU

Pembayaran di ATM / Kaunter Bank/ Maybank2u/ CIMBclick melalui akaun ’Islamic Aid Association Malaysia ’- MBB (5640 7000 2424) / CIMB ( 8600872578)

ATAU

Melalui cek atas nama ’ Islamic Aid Association Malaysia’

(Sila fakskan borang tempahan serta slip pembayaran ke no faks: 03-89485939 atau email ke admin@iam.org.my )

Penyertaan secara terus boleh dibuat di pejabat pertubuhan beralamat di :

C-1-56A, Jalan SP5/4, Seksyen 5, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Untuk sebarang pertanyaan  dan maklumat lanjut, sila hubungi En.Farouq Zauji di talian 019-3973558/03-89574136 atau layari laman sesawang Islamic Aid Malaysia di www.iam.org.my

Sesungguhnya..tumbuhnya amal kebajikan yang subur bermula dari benih Qurban yang ikhlas..

Leave a Comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *